Rabu, Mei 15, 2013


Kalau orang dah tak suka, tak payah la nak buruk - burukkan ahli sendiri pulak. Kalau dah kalah, kenapa ahli - ahli parti pulak yang nak dipersalahkan?

Hakikatnya, bukan setakat rakyat Malaysia yang tolak kepimpinan Si Mat Syabun ni. Tapi dari kalangan ahli PAS sendiri pun ada yang tak suka pada dia.

Jadi, bila keadaan ini berlaku, kenapa perlu mereka yang menjadi mangsa? Kenapa pemimpin PAS dengan sewenang - wenangnya nak persalahkan orang bawahan?

Ini menunjukkan dasar HIPOKRIT pemimpin PAS yang enggan menerima kekalahan secara terbuka. Mereka enggan mengakui kesilapan mereka sendiri.

Untuk mengelakkan diri dari diaib, maka mereka menunding jari dan menyalahkan ahli - ahli parti sendiri. Mula la diorang buat tuduhan yang bukan - bukan.

Mula la diorang buat anggapan bahawa penduduk luar bandar semuanya pendek akal. Walhal, diorang sendiri yang GAGAL nak memancing undi dari penduduk luar bandar tu.

Sudah - sudah la nak menghina orang luar bandar ni. Tak payah la diorang nak tunding jari dan salahkan ahli - ahli parti kerana menolak Si Mat Syabun tu.

Sepatutnya PAS perlu buat post-mortem dan mengkaji dimana salah dan silap yang mereka buat. Mereka perlu tahu apa kehendak ahli - ahli sendiri. Bukannya buat tuduhan melulu dan menyalahkan orang lain!!!
PENDANG -  ‘Kami terima kekalahan ini’. Itu luahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dengan kekalahan Pas kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, kejatuhan Pas kawasan itu berpunca daripada ahli parti itu sendiri yang dikenal pasti telah mensabotaj parti apabila ada antara mereka yang tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas dan merosakkan kertas undi serta tidak memulangkan kertas undi.

“Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti dan keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dimana ia begitu mengecewakan parti.

“Pas terima kekalahan ini dan berharap agar kepimpinan yang baru dapat meneruskan program disusun demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hayati berkata, tindakan sabotaj parti itu berlaku apabila ada kalangan  ahli parti merasa tidak berpuas hati apabila bantuan yang dimohon mereka tidak berjaya sehingga menimbulkan perasaan marah.

Katanya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan Barisan Nasional (BN) turut mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu dan Siam.

“BR1M turut mempengaruhi penduduk luar bandar yang hidup dalam kesempitan menyebabkan mereka goyah setelah menerima BR1M.

“Penduduk luar bandar hanya fikirkan jangka masa pendek tanpa memikirkan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menjamin kebaikan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. SUDAHLAH TU ATANNNN OOIIII

    SUDAHLAH TU BUYONGGGG OOOIIIII

    SUDAHLAH TU MAMAT.... Ayam kambing itik belum direban tuuuuu


    BalasPadam
  2. budaak budaakkk naikkkkk.....hari nak hujan nanti demammmmmm !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping