SH sarankan kepada Raja Nong Chik dan mereka - mereka yang berkenaan. Saman je Si Nurul Izzah tu!!! Itu tindakan yang sewajarnya.
Tak perlu nak dipertimbangkang lagi. Kalau dibiarkan juga, makin sedap la dia tabur fitnah lepas ni. Dia akan kata isu yang dibangkitkan tu betul sebab tak de tindakan diambil.
Lepas ni kalau ada mana - mana pihak yang buat tuduhan terhadap Kerajaan mahu pun UMNO tanpa sebarang bukti kukuh, saman je terus.
Jangan tunggu - tunggu dah. Itu je caranya nak menghentikan fitnah dari terus berleluasa dikalangan masyarakat Malaysia yang dah jadi darah daging Pakatan.
Diorang tuduh pun bukannya ada bukti. Diorang main cakap ikut sedap hati diorang je. Jadi, penyakit suka fitnah orang ni patut dibati dengan cara mengambil tindakan yang sewajarnya. Saman je, baru padan muka diorang!!!
Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah, berikutan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau dan keluarga sepanjang kempen PRU khususnya.Raja Nong Chik berkata, langkah tersebut bertujuan bagi membersihkan imej dan maruah keluarga yang terjejas dek isu dimainkan pihak pembangkang itu.“Saya dalam kajian untuk ambil tindakan undang-undang kerana sudah banyak fitnah yang ditimbulkan dan menjadi bahan kempen mereka (PKR).“Malah, sehari sebelum hari pengundian juga dia (Nurul Izzah) membawa isu mengaitkan saya dengan tanah Bukit Kiara yang langsung tiada asas,” katanya pada pertemuan bersama media, di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Bangsar, di sini, semalam.Raja Nong Chik menyifatkan, tindakan pihak pembangkang memainkan isu fitnah terhadap beliau sebagai satu bentuk kempen yang tidak bersih meskipun secara terang beliau membidas tohmahan yang dilemparkan dengan fakta dan bukti jelas.“Mereka mahu proses kempen dijalankan dengan bersih tetapi apa yang mereka lakukan ini langsung tidak menggambarkan cara yang bersih, sering timbulkan provokasi. Jika ini berterusan, saya lihat masa depan Malaysia tidak cerah,” katanya.
Hehe..
BalasPadamDia ni mcm bapak dia,tak caya tengok le nt,btahun nk setel kes.