Astargfirullah Hal'azim... Beristifar lah kita banyak - banyak bila baca kisah sayu dari isteri Datuk Azizan Razak berkaitan dengan dakwaan blogger PAS.
Sebagai bekas penyokong PAS, SH cukup kecewa dengan sifat yang ditonjolkan oleh mereka - mereka ini. Kalah orang yang tak beriman. Apa yang Tok Guru diorang ajar?
Tok Guru diorang ajar diorang supaya menghina pemimpin sendiri sampai tahap macam ni sekali ke? Tok Guru diorang ajar supaya diorang tak menghormati pemimpin?
Kot kalau kita benci sekali pun pada pemimpin, jangan sampai buat dakwaan yang bukan - bukan. Kalau terhadap pemimpin parti lawan, kita boleh terima akal beb.
Ini pemimpin parti sendiri yang diorang hina, bukannya orang lain. Tak heran la kenapa sampai hari ni masih tak de lagi suara - suara yang mengecam tindakan Si Sam Ketot tu.
Mungkin penyokong - penyokong PAS hari ini dah diajar supaya menghina pemimpin sendiri kot. Tu pasal la diorang buat pekak badak je bila Si Sam Ketot tu hina Hadi Awang dengan pelbagai tuduhan sebelum ini!!!
ALOR SETAR – Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.