Sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan oleh akar umbi. Namun tak de satu pun yang diendah oleh pimpinan PKR Pusat. Mereka tetap juga meminggirkan pemimpin tempatan.
Dalam Pilihan Raya Umum yang baru saja berakhir menunjukkan ketidak puasan hati dikalangan pemimpin diperingkat akar umbi yang keluar parti.
Mereka ini terdiri dari kalangan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang yang jelas menolak pencalonan yang dibuat oleh PKR Pusat.
Sebelum ini, Ketua Cabang PKR dan Ketua AMK Paya Besar telah mengambil tindakan drastik untuk bertanding Bebas sebagai respon kepada keputusan PKR Pusat.
Mereka mendakwa pemimpin PKR Pusat tidak mengendahkan suara diperingkat akar umbi dengan mencalonkan seorang calon import yang baru nak tunjuk muka.
Selain itu, di Lanchang, Timbalan Pengerusi PKR Negeri sendiri ditolak oleh penduduk tempatan kerana disifatkan tidak layak untuk jadi wakil rakyat mereka.
Yang herannya, bila akar umbi mereka sendiri bersuara dan membuat bantahan, Si Ketua Penipu tu boleh pulak tampil dan memberi alasan kononnya mereka ini telah dibayar.
Jelas, kenyataan dari Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya diibaratkan sebagai satu penghinaan kepada pemimpin - pemimpin diperingkat akar umbi PKR.
Ekoran dari bantahan yang dibuat menjadi penyebab kepada kekalahan PKR dalam PRU yang lalu. Ini merupakan bukti kukuh yang PKR memang tolak suara ahli.
Tapi, dipentas - pentas Politik, mereka melaung - laungkan 'Suara Rakyat'. Mereka mendesah Kerajaan agar mengikut 'Suara Rakyat'.
Walhal, dalam masa yang sama, mereka sendiri meminggirkan suara dari akar umbi parti mereka sendiri. Tak ke itu menunjukkan sifat Retorik parti PKR ni?
Sekarang, salah seorang pemimpin besar PKR Sabah pulak meletakkan jawatan dan bertindak keluar dari parti. Itu juga merupakan tamparan hebat buat PKR.
Sudah acap kali Ansari menasihati PKR agar menurunkan pemimpin tempatan dalam PRU yang lalu. Tapi, pemimpin PKR Pusat semuanya jenis pekak tuli. Tu pasal la diorang kalah.
Jadi, tak payah la PKR nak sibuk - sibuk buat desakan suruh orang lain terima suara mereka sedangkan mereka sendiri buat tak tau je dengan Suara Akar Umbi mereka sendiri. Nak orang je ikut cakap diorang, menda kejadahnya!!!
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap tindakan Ketua PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai bukan isu besar.Sebaliknya menurut beliau, ketidakpuasan hati berhubung pemilihan calon pilihan raya adalah perkara biasa yang dialami setiap parti politik di negara ini."Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik...akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon."Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati," katanya kepada wartawan yang membuat liputan Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.