Memang tak boleh harap lansung dengan Mantan Ahli Parlimen Batu ni. Mungkin dalam kepala dia sendiri banyak Batu kot. Tu pasal la kerja dia semua hancur.
Memandangkan rakyat dikawasan Batu tu pun dah tolak Si Tian Chuak sebelum ini, maka tak heran la kalau perkara ini boleh berlaku.
Pada ketika ini, Si Tian Chuak tu sempat pergi ke merata - rata tempat dan membuat ceramah dengan menabur fitnah terhadap orang lain.
Dia sedikit pun tak menjaga kawasan dia sendiri. Tapi, jangan pelik beb. Si Tian Chuak tu tak jaga kawasan dia pun bukan baru. Dah lima tahun. Satu hapah pun dia tak buat kerja!!! Tu pasal la semua pengikut dia lari dan dah tak percaya pada dia!!!
Dia sedikit pun tak menjaga kawasan dia sendiri. Tapi, jangan pelik beb. Si Tian Chuak tu tak jaga kawasan dia pun bukan baru. Dah lima tahun. Satu hapah pun dia tak buat kerja!!! Tu pasal la semua pengikut dia lari dan dah tak percaya pada dia!!!
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Batu menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini apabila Timbalan Ketua Wanitanya, G. Sara Lili bersama 120 ahli parti itu bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).
Keputusan itu diumumkan beliau pada majlis bersama rakyat di Dewan Komuniti Bandar Baru Sentul di sini malam tadi, yang turut dihadiri calon BN Parlimen itu, Prof. Madya Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Serentak dengan itu beliau menyerahkan borang keahlian parti Gerakan kepada Dominic sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penduduk yang hadir.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Sara berkata, mereka kecewa dengan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.
"Tindakan keluar PKR diambil sebulat suara oleh saya ahli-ahli PKR Parlimen Batu sebagai bantahan secara terbuka kepada Tian Chua. Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Batu.
"Kami menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kerajaan BN," katanya.
Sara berkata, Tian Chua yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu itu tidak pernah turun padang untuk berkhidmat atau berjumpa para pengundi India di kawasan itu.
Katanya, janji-janji untuk menyelesaikan isu kebajikan masyarakat India sejak pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini.
Ps: Nanti jangan pulak Si Tian Chuak tu tuduh kata ini semua 'Sandiwara UMNO'. Walhal, semua ni salah dia sendiri. Dia yang tak buat kerja dan menjaga Kebajikan Rakyat. Siapa suruh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.