Rabu, Mei 22, 2013


Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Timbalan Penasihat Tertinggi Pergerakan Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater, berkata rakyat Mesir perlu sedar tentang garisan yang terlalu nipis antara kebebasan dan huru-hara, kerana situasi huru-hara di dalam negara boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan halangan baharu untuk mencapai kemajuan.

Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur. Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut," jelasnya


Ps: Heran jugak kan. Kenapa Ikhwanul Muslimin tak menjemput pemimpin PAS untuk memberikan pandangan mereka? 

Padahal di Malaysia, PAS kata mereka menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai Model kepada parti mereka.

Malah, PAS sendiri sering mengutuk dan mengeji Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan.

Tetapi parti yang menjadi model perjuangan PAS pula mengiktiraf sumbangan Tun Mahathir kepada pembangunan Islam sejagat. 

Kan pelik tu? Buat apa PAS jadikan Ikhwanul Muslimin sebagai model kalau itu pun diorang tak mampu nak buat!!! Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Tok Guru ada........
    Kalau tak dengan sumbangan dana oleh Tun Mahathir
    ke Kelantan agaknya lebih teruk lagi kelantan tidak ada lansung
    pembangunan cuma kerja pecah tanah sahaja.
    Alangkah ruginya rakyat kelantan 23 tahun Tok Guru
    jadi Menteri Besar kemajuan negeri Kelantan dibangunkan
    oleh kerajaan pusat demi kasihan orang melayu kelantan.

    BalasPadam
  2. Bila Ikhwanul Muslimin nak panggil ANUwar pulak? Takkan nak sibuk buat PC kat Amerika sj kot?

    BalasPadam
  3. Itulah perbezaan org yg berilmu dan diamalkan dgn sebenar benarnya dgn org berilmu tak diamalkan sesungguhnya.

    Merasakan diri sebersih bersihnya sampai tak sedar daki berkepuk kat leher...

    Semakin tua semakin dikagumi...jgn kita menjadi semakin tua aib dibuka

    BalasPadam
  4. Hormat tun sbg tokoh Islam Dan melayu yg ulung, puak2 tu mesti buts hati, Mata , telinga oleh Sumbangan tun

    BalasPadam
  5. APA LAGI PAS MAHU. AKHIR SEKALI PAS AKAN SEDAR BAHAWA KEADAAN MALAYSIA SEBELUM PRU13 ADALAH YANG TERBAIK. SEMANGNYA MESIR SYRIA IRAQ LIBYA TUNISIA DAN BANYAK LAGI NEGARA ISLAM KALAU NEGARA MEREKA MACAM MALAYSIA DAH BERIBU RAHMAT. PAS JUGA HARUS SEDAR SUPYA BERHENTI POLITIK BERMUSUHAN. UMNO BUKAN PARTI YANG MEMBENCI ISLAM DARI SUDUT PERBUATAN. DAN PAS PULA TIDAK BERBUAT SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM YANG SEPATUTNYA. SEPATUTNYA PAS MENGUTAMAKAN ISLAM DARI POLITIK. MELAKSANAKAN HUDUD PERLUKAN MEMENUHI BEBERAPA BATASAN BUKAN SEKADAR MENJADI PERDANA MENTERI ATAUPUN MENJADI PARTI KOMPONEN YANG KECIL DALAM KERAJAAN. APAKAH YANG LEBIH BESAR HUDUD ATAU DAKWAH. MANAKAH YANG LEBIH UTAMA KENAPA PAS TAK MELAKSANAKAN DAKWAH KEPADA DAP. BUKTIKAN DAN BUKAN CAKAP. PAS Parti cAkap Sahaja.

    BalasPadam
  6. jalan hidup anwar dr muda suka bantah. dah tua sama suka BANTAH. jalàn hidup mahathir dr muda suka baca dah tua SEMPURNA. Pikir lah anak muda!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping