PETALING JAYA: Di sebalik protes seluruh negara terhadap dakwaan 'penyelewengan' keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih berbelah-bahagi mahu memboikot majlis angkat sumpah Parlimen pada 26 Jun ini.
"Kita tiada rancangan buat masa ini (untuk boikot Parlimen)," kata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang lapor FMT.
Malah beliau turut enggan memberitahu sama ada usul tersebut akan dibincangkan di peringkat DAP mahu pun Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
Ini berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang mahu wakil rakyat Pakatan meneruskan protes sehingga mengabaikan sidang Parlimen.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan pilihan raya umum yang didakwa wujud unsur penipuan.
"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.
Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pembangkang akan mempertimbangkan cadangan itu dengan serius memandangkan sebarang tindakan akan memberi kesan besar.
"Kita perlu berbincang dengan ahli pakatan lain. Ini adalah perkara yang kita perlu fikir sebaiknya, sebab ia ada implikasi serius," kata ahli Parlimen Batu itu sambil menyifatkan pembangkang mempunyai tempoh sehingga 24 Jun.
"Keputusan kita juga bergantung apa akan jadi di pertengahan. Tuntutan kami amat jelas - untuk mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan. Jadi mereka ada sehingga 24 Jun, dan isu kami boikot Parlimen tidak akan timbul," kata Tian lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar turut dilaporkan juga enggan mengulas mengenai perkara itu dan menggesa media merujuk kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ps: Hari ni, mungkin la Si Ketua Penipu tu kata dia setuju nak Boikot. Nanti, bila dah tiba masanya, dia jugak yang terhegeh - hegeh angkat sumpah.
Maklum la. Manusia jenis MUNAFIK macam dia ni bukannya tau makna serik. Kalau dah namanya Penipu tu, Penipu la jugak!!! Rendam dalam clorok pun dah hilang sifat Haramjadah dia tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.