Memang sesuai sangat la. Muuka Si Terasa Cork ni pun lebih kurang macam HANTU jugak!!! |
Kenapa SH bagi nama jolokan 'Hantu' bagi jawatan 'Pegawai Perhubungan Politik' di Selangor tu? Sebabnya mudah. Jawatan tu TAK WUJUD!!!
Yang mewujudkan jawatan tu hanya Si Ketua Penipu tu je. Dia yang memandai - mandai merekacipta jawatan untuk kroni dia Si Ciputdin Muka Bulan tu.
Kalau jawatan tu tak diwujudkan, dah tentu - tentu Si Ciputdin tu tak de benda nak dimentekedarahkannya. Kalau dulu, ada jugak projek di Kelantan.
Sekarang, mana lagi dia nak cekau duit setelah dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas? Nak tak nak, Si Ketua Penipu tu pun buat la jawatan 'Hantu'.
Si Ketua Penipu tu ingat orang lain tak nak ke berebut jawatan Hantu yang dia buat tu? Jangan fikir orang lain pun tak nak jadi Hantu Nuar oi!!!
Sekarang, DAPigs pulak suruh Si Terasa Cork tu rebut jawatan tersebut. Diorang pun nak jugak Si Terasa Cork tu jadi 'Hantu' dalam pejabat Menteri Besar.
Kalau dah DAPigs pun nak jawatan tu, orang lain macam mana? Takkan diorang nak tengok aje kan? Lepas ni jangan kita rasa pelik bila puak - puak Parti Angguk Saja tu pun nak wakil diorang jadi Hantu. Bila tiba bab KUASA ni, bertikam pun diorang sanggup!!!
SHAH ALAM: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik kerajaan negeri Selangor.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat CEC, kelmarin mengambil kira status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Katanya, cadangan mengetengahkan Teresa adalah bertujuan untuk memastikan keseimbangan dalam pentadbiran dan politik Pakatan Rakyat Selangor selain menjadikan DAP 'rakan kongsi sekata'.Malah menurut beliau wakil dari PAS seharusnya diberi kelayakan sama.“Dalam hal ini, PAS juga patut mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin sebagai wakil Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Selangor.Cadangan tersebut timbul selepas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan pentadbiran beliau untuk meletakkan seorang wakil dikalangan ahli politik Pakatan Rakyat bagi mengkoordinasikan pentadbiran dan politik di Selangor.Namun dua minggu selepas cadangan itu disuarakan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor membangkitkan isu tentang keputusan melantik Saifuddin tidak dibincang dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu.ADUN PKR Batu Caves Amiruddin Shaari memberitahu Antarapos bahawa perkara tersebut telah diusul kepada menteri besar dan pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat.
Padan la muka hang penyokong semua..org atas berebut kuasa...duittttt... Org bawah kena la padah...tunggu aje....nak bayar tu semua mesti mcm mcm naik..
BalasPadamTu parking dah naik..jadi boleh lah kumpul buat bayar gaji...masih tak cukup tender besar dah kebas...