Selasa, Jun 25, 2013


Ini sorang lagi manusia yang cakap suka berbelit - belit. Hari tu dia kata tak perlu buat Himpunan nak bantah keputusan PRU. Dia suruh semua orang terima keputusan tu.

Sekarang, dia pulak yang sokong Himpunan tersebut diadakan. Kenapa tiba - tiba dia nak ubah pendirian? Sebab ada yang nak cabar kedudukan dia sebagai Presiden?

Yang tambah menghairankan, dia sendiri pun tak nampak batang hidung dalam mana - mana Himpunan diadakan. Bukan ke itu namanya cakap tak serupa bikin? Nak rakyat je yang huru hara, dia pulak sedap je angkat sumpah!!!
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata demontrasi aman merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan dan menjadi amalan di negara barat seperti England dan Amerika yang membenarkannya, dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan.

Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, demontrasi aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak kerajaan. 

“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman. Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia, kata Abddul Hadi mengulas tindakan penganjuran Blackout 505.

Kata Haji Hadi yang dilaporkan Harakahdaily bahawa: “Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan. 

“PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat)., katanya Abdul Hadi lagi.

Oleh itu, rata-rata ingin bertanya kepada Presiden Pas adakah perbuatan seumpama itu menurut ajaran Islam yang boleh kita contohi dan ikuti? 

Dalam beberapa kejadian yang lalu petugas Dewan Bandaraya dipukul oleh peserta Blackout 505 dan terbaru anggota polis Inspektor Mohd Aswad Mad Saad cedera di mata kanan dan hidung kerana tugasnya menghalang peserta dari merempuh halangan polis di jalan menuju ke bangunan Parlimen. 

Demokrasi apakah yang di England dan Amerika yang Haji Hadi mahu contohi atas nama Islam? Beliau tentu ingat, semasa menjadi Menteri Besar Terengganu suatu ketika dulu amalan demokrasi tidak pernah diamalkan pun termasuk dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping