PAS Terengganu mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal yang berkualiti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini kerana menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, dakwat kekal yang digunakan SPR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal bulan lalu tidak berkualiti dan ia membuktikan kelemahan dalam badan tersebut.
Jelas beliau, parti itu masih mahu dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya termasuk di DUN Kuala Besut yang kosong selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia kelmarin akibat kanser paru-paru.
Pada PRU13, 5 Mei lalu, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
"Penggunaan dakwat kekal memang tuntutan kita agar ia digunakan (dalam pilihan raya) tapi kita rasa sangat malang dan dukacita sebab berdasarkan pengalaman kita apabila dicuci ia sangat mudah hilang.
"Kita sangat dukacita kerana ia berlaku dalam sebuah negara seperti Malaysia, SPR merupakan sebuah badan menguruskan pilihan raya tapi banyak perkara gagal dan timbul pelbagai persoalan lain," kata Nik Zawawi kepada Antarapos.
Tegas beliau, SPR perlu menjadikan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut sebagai platform untuk membaiki kelemahan dan kecacatan yang berlaku dalam PRU13.
"Jadi kita melatakkan pilihan raya kecil itu sebagai pilihan raya untuk kita melihat sejauh mana SPR ini boleh membuat perubahan atau membaiki kecacatan yang berlaku pada PRU13.
"Kita mahu supaya dakwat kekal ini digunakan tapi biar ia kekal dan berkualiti, gunakan dakwat kekal yang asli sebab kita dapat tahu kerajaan belanja berjuta ringgit tapi di sana berlaku penipuan yang besar dalam urus niaga itu.
"...sebab dengan harga yang tinggi apakah dakwat begitu rupa yang diperoleh? Kita nak lihat kecekapan SPR dan kalau tidak dapat atasi perkara ini membuktikan satu kelemahan yang ketara (dalam SPR)," jelasnya.
Ps: Bagi diorang mandi terus dalam dakwat kekal tu. Lepas tu kita tengok, boleh ke tidak diorang nak hilangkannya dalam tempoh 15 minit. Agaknya, dengan cara tu baru diorang puas hati kot!!!
aku setuju dengan pas dalam isu ini ... gunakanlah dakwat kekal yang berkualiti ... yang tahan lama ...
BalasPadambukannya dakwat kekal tapi tak kekal itu ...
peduli apa sama ada kandungannya merbahaya kepada kesihatan ... kerana semua manusia akan ditimpa penyakit dan mati ... cuma masa yang menentukannya ...
aku heran lah kenapa spr yang membuat isu bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal merbahaya jika digunakan dalam nisbah tertentu ...
tetapi kementerian kesihatan atau pembuat surat pemakluman itu tidak memberi komen pun ... hanya spr yang beria-ia mempertahankan isu kemerbahayaan kepada kesihatan jika dakwat yang benar-benar kekal digunakan ...
orang yang bertanggungjawab dalam hal kegagalan spr ini ... kementerian kesihatan membisu seribu bahasa ... dan akhirnya spr menjadi bahan belasahan pembankang ...
Apa benarkah ada pengundi hantu seperti didakwa atau mereka ini mencari sebab untuk memanipulasi keadaan bagi memperlekahkan SPR,, macamlah mereka pwefect...Janji pembangkang yang terbungkang depan mata pun tak boleh tertunai inikan nak komplen dakwat kekal konon.. Sebenarnya dakwat ini tak perlu pun sebab sudah ada daftar pemilih yang dipamerkan dan adanya wakil parti di dalam bilik mengundi.. Mulai sekarang pihak BN pula harus menyerang PR dengan pelbagai kelemahan mereka bukan sebaliknya. Tapi biasalah.. PR bukan nya tahu malu.
BalasPadamKali inilah jgn calit kat jari tapi tempek kat hidung... baru boleh terang2 nampak dari jauh..
BalasPadambtol tu..kalu c ukup lagi suruh diaorg minum dakwat tu skali
BalasPadamkalu hati da hitam tu, hitam jgk la..
sudah kalah, kalah lah!
ABC!!
BCL!!
"Kita sangat dukacita kerana ia berlaku dalam sebuah negara seperti Malaysia, SPR merupakan sebuah badan menguruskan pilihan raya tapi banyak perkara gagal dan timbul pelbagai persoalan lain," kata Nik Zawawi kepada Antarapos
BalasPadamByk perkara gagal????? SPR tu bukannya malaikat.Banyak perkara yg dah dibaiki.7 daripada 8 tuntutan bershit pun dah diikut.Mana-mana yg kurang tu akan dibaiki.Rasanya takde byk perkara yang gagal.Itu hanya andaian pembangkang nak memburukkan SPR kononnya SPR tak telus
Aku tak setuju dengan dakwat. Aku nak biometric, lebih telus dan transparent. Pasti takde pengundi hantu dan kad pengenalan yg di ciplak atau di curi. Mengguna dakwat saperti balik ke zaman kunu.
BalasPadamSetuju dgn anon di atas
Padambtl,sye pn setju lau ade sistem biometrik dilaksanakan
BalasPadamPorahhh!!!! Negara lain yg berpuluhan juta rakyat pun tak pakai dakwat. Kalau kalah kata spr tipu tapi di kawasan mng semua diam. Tak ada pun bn kata pebangkang tipu. Ingat semua rakyat malaysia sokong PR ke? Perasan!!
BalasPadam