Ahad, Jun 16, 2013


Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh dibawah, kesimpulan SH mudah je. Siapa yang layak nak duduk kerusi Presiden?

Itu persoalan sebenar yang perlu dijawab oleh mereka yang nak sangat jawatan Presiden UMNO tu dipertandingkan. Jika bukan Datuk Seri Najib, siapa lagi?

SH tak kata yang DS Najib ni seorang yang sempurna sebab tiada seorang pun manusia diatas dunia ini sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Akan tetapi, setiap bantahan mesti la datang dengan cadangan. Kalau setakat nak bantah je tanpa sebarang cadangan, jadi la kita ni macam Pakatan Haramjada tu.

Buat bantahan, tapi tak de cadangan. Ada cadangan pulak, cadangan yang mengarut, yang lansung kita tak boleh terima pakai. Macam mana nak buat?

Dalam keadaan Politik Negara yang sekarang ni serba terumbang ambing disebabkan momokan puak Pakatan Haramjadah tu, siapa lagi yang mampu berhadapan dengannya?

Soal demokrasi tu soal kedua. Soal paling utama ialah mengenai kelayakan. Selain Datuk Seri Najib, siapalagi yang mampu menggalas tugas dan beban yang sedang dipikulnya?

Ada lagi tak pemimpin yang MAMPU buat sepertimana yang Presiden UMNO buat sekarang ni? Kalau setakat MAMPU dari segi kewangan baik tak payah.

Apa yang penting sekarang ni, kalau nak bercerita, biar la datang dengan cadangan. Katakan dengan jelas, siapa calon yang paling layak dan berikan butir - butir mengenainya. Kalau setakat main cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR, 15 Jun - Tanpa pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, presiden dan timbalan presiden Umno pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh.

Menteri Pendidikan II itu bagaimanapun turut berkata gandingan Perdana Menteri, yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan sudah cukup mantap.

"Saya lihat situasi sekarang mereka memang cocok ...  kita kalau banyak sangat pertandingan pun tak perlu juga.

"Tapi kalau tiada pertandingan nanti orang kata tiada demokrasi," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Benarkah dalam UMNO dah takde orang lain yang mampu mentadbir negara jika diberi peluang selain daripada Najib?

    Jika DS Najib meninggal dunia (bukan saya berdoa tp ajal maut boleh dtg bila-bila masa) sebelum PAU, adakah tetiba aje kita akan berkata ... Ya TS Muhyiddin mampu mentadbir Malaysia seperti dia berjaya mentadbir Johor dulu.

    Bila Idris Harun diserahkan tugas mentadbir Melaka, dia ada prior experience menguruskan sebuah negeri ke sebelum ni? Jadi menteri penuh pun tak pernah. Tp sekarang, ternyata dia ada visi utk Melaka.

    MB negeri sembilan, saya tak pernah dengar pun nama dia sebelum dia jd MB. Rasanya dia tak pernah pun jadi menteri ataupun Timbalan menteri tp dia tadbir NS hingga ada surplus bajet. Boleh tabik tu.

    JIka orang2 UMNO benar-benar melihat, saya yakin mereka akan nampak siapa pelapis selain dr DS Najib.

    Pilihlah seseorang yg bukan sahaja disukai dalam UMNO tp yg lebih penting, disukai oleh kami rakyat marhaen yg tidak berparti ni.

    wallah hu a'llam.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Kenapa Presiden UMNO yg ada sekarang beriya-iya sangat mahu ditukar? Adakah kerana gagal mencapai kemenangan 2/3 untuk BN pada PRU 13, atau ada sebab lain?

    Setahu teman DS Najib baru sangat berada dikerusi tersebut. Berilah dia peluang untuk melakukan perubahan dan pembersihan samada dalam parti atau pun kerajaan.

    Kaji dan selidik dulu kenapa dan mengapa BN tidak bergitu berjaya pada PRU lalu. Kaji kedudukan dan keadaan parti serta negara sebelum beliau mengambilalih kuasa.

    Tidak sedarkah kita semua bahawa DS Najib menerima jawatannya sekarang setelah pemimpin sebelumnya terlalu banyak melakukan kesilapan dan akhirnya meninggalkan kerusi tersebut kpd DS Najib dalam keadaan terpaksa kerana menyedari kerosakan yg berlaku?

    Kita semua juga seharusnya sedar bahawa untuk melakukan kerja pembersihan dibanyak tempat dan bidang bukannya boleh dilakukan dlm sekelip mata.

    Sudahlah begitu, DS Najib juga terpaksa berdepan dengan Dajjal yg bercita-cita untuk jadi PM. Sebelun itu Dajjal itu telah sisumbat ke penjara kerana salahlaku moral dan salahguna kuasa, tetapi PM sebelum DS Najib memberi ruang kpdnya untuk bebas dan merencanakan agenda peribadinya.

    Dalam tempoh lima tahun selepas PRU 2008, si Dajjal itu telah dgn sewenang-wenangnya melakukan pelbagai fitnah, penipuan dan pembohongan untuk mengabui mata rakyat demi meraih sokongan politik untuknya.

    Semua kita tahu bagaimana hebat dan sengitnya himpitan mainan politik fitnah dan pembohongan si Dajjal itu dgn kerjasama DAP dan PAS melalui kuasa wang yg ada pada si Dajjal itu.

    Walaupun kita kurang senang dgn pendekatan 'bersabar' yg dilakukan oleh DS Najib, ternyata apa yg dilakukannya berhasil. Walaupun gagal meraih kemenangan 2/3, tetapi kekuatan UMNO semakin diyakini rakyat dan terbukti UMNO masih releven.

    Kita tak boleh menafikan hakikat ini.

    Sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan, kita sebagai rakyat yg waras dan mempunyai pandangan jauh kedepan, seharusnya memberikan ruang dan peluang untuk DS Najib meneruskan kerjanya.

    Kerja pembersihan kotoran yg ditinggalkan pemimpin sebelum beliau masih belum benar-benar bersih. Masih banyak dan ianya bersiratan antara satu sama lain.

    Seharusnya kita berikan peluang sedikit masa lagi untuk DS Najib melakukan apa yg seharusnya beliau lakukan demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

    Jangan terburu-buru MEMBUAT KEPUTUSAN dan jika tersilap langkah kita terjebak dgn jerat puak pembangkang yg mahukan DS Najib diketepikan demi survival perjuangan pembangkang - terutamanya DAP, yg sangat mengharapkan kuasa negara ini boleh terjatuh ke tangan mereka suatu masa nanti.

    Kita juga harus sedar dan ingat bahawa musuh pendokong Zionis yg berada diseberang tambak sangat berhubung rapat dgn gerakan menghapuskan kekuasaan orang Melayu di negara bertuah ini.

    Justeru, berilah nafas kpd DS Najib untuk terus memimpin negara selagi beliau mahu meneruskan perjuangan bangsa dan agama.

    Tidak mustahil gerakan menurunkan DS Najib adalah sebahagian strategi UBAH yg dipelopori pembangkang. Mereka sangat takut jika orang Melayu bersatu. Sejarah membuktikan apabila Melayu bersatu penjajah Inggeris pun kecut.

    Wallahhu'alam....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping