Ahad, Jun 16, 2013


Berikut SH siarkan tulisan Si Nik Aziz ni mengenai Pertandingan Tilawah Al - Qur'an Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kelantan baru - baru ini.
Oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.

Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan.


Saya juga menonton pengumuman keputusan pertandingan semalam dan sekalipun Kelantan tidak mendapat sebarang tempat sama ada dalam kategori Qari mahupun Qariah, saya yakin proses penghakiman dilaksanakan dengan telus dan jujur. Bahkan saya yakin, kebanyakan peminat majlis tilawah juga bersama-sama dengan saya meyakini proses penghakiman ini.

Banyak faktor yang menyebabkan rakyat yakin dengan penghakiman ini. Antaranya, tidak adanya blackout semasa proses pengiraan markah, para hakim pula tidaklah mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan boleh dibaca memihak kepada peserta tertentu yang bertanding. Peraturan dan pemarkahan pula jelas dan tidak bertukar-tukar di saat akhir dan paling penting, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk mempersembahkan bacaan. Tidak berlaku sesetengah peserta diberikan masa 20 minit manakala peserta yang lain hanya lima minit!

Alangkah baiknya jika semua pertandingan di Malaysia diadili setelus pertandingan tilawah peringkat kebangsaan ini. Sayangnya, ada juga pertandingan yang pada namanya sahaja sebuah pertandingan, tetapi diadili dengan penuh tipu muslihat yang menyebabkan hilangnya keyakinan umum kepada para pengadil.
Jelas, dalam penulisan Si Nik Aziz tu terbukti bahawa dia hanya mementingkan Politik. Malah isu mengenai pertandingan itu pun boleh dijadikan modal untuk dia berpolitik.

Persoalannya, adakah Si Nik Aziz tu melihat sendiri proses pemarkahan yang dijalankan didalam pertandingan tersebut sehingga membuatkan dia yakin 100%?

Berbeza dengan Pilihan Raya, Si Nik Aziz ni boleh lantik wakil untuk melihat keseluruhan proses penamaan, pembuangan undi, pengiraan dan penjumlahan.

Tapi, bagaimana satu pertandingan yang dia sendiri tak lihat dan tak de lansung hantar wakil untuk melihatnya boleh yakin 100%? Kan heran tu? Nampak sangat la Si Nik Aziz ni lebih mendahulukan Politik. Tu sebab hidup dia hari - hari bercerita pasal Politik je!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Pada pndapat aku la..statement tu bkn dia yg tulis, org tue x larat dn hnya mnuggu masa mcm tu mana ada daya nk tulis dn pkir hal2 mcm ni, biasa lebih pikir hal kubur, ni smua keje kerabat atau kaki bodek dia, tngok msa hal aurat Gngnam style, puak Pas skarang dh nyanyok.

    BalasPadam
  2. Takda pak nik pun sebelum ni majlis tilawah sangat berjaya dan membanggakan.pak nik tak payah bagi pendapat kalau dlm hati tak ikhlas.rakyat kelantan dah dpt nilai sendiri.takbir.

    BalasPadam
  3. Bila setan tetap beraja di hati...ruginya en nik aziz ni.....

    BalasPadam
  4. Tangkap belasah ramai2 ejen parti Pas yg bertugas di tempat ngundi....jika benar2 berlaku kes blackout..tipu kira undi....ada brannnn ??

    BalasPadam
  5. dulu dia cukup anti dengan majlis sebegini kononnya aurat perempuan harus dijaga tapi aq tengok perempuan kelantan cam sampah....kata negeri serambi mekah tapi penduduknya takde rupa serambi mekah sebenar

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping