"Ah Chai, Lu tau ka itu Nuar sulah pegi Jakarta?" "Aiya, betui ka Appa? Ini macam susah lo..." |
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.
Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.
“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.
“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.
Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.
Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013.
Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.
Tak perlu layanlah manusia macam Anuar Ibrahim tu. Dia tu kepala dah senget. Pengikut dan penyokongnya pula ada penyakit hasad dengki tahap kronik
BalasPadam