Jumaat, Julai 12, 2013


Berikut satu petikan yang SH pinjam dari seorang sahabat yang buat status di wall Facebook dia malam semalam mengenai calon PRK Kuala Besut:
Haji Enduk @ Azlan Jusoh diakui bukan USTAZ atau ‘ALIM’ untuk mengambil hati pengundi, sebaliknya beliau dicanang sebagai ‘kaya raya’. 

Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari Pas Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘BANK’ Pas. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ Pas Kawasan Besut.“ – Harakahdaily

Jelas, jolokan ‘BANK’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari Pas tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-Pas juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.
Terang - terang PAS dalam Haprak Daily mengakui bahawa calon mereka itu dianggap sebagai 'Banker' bagi kawasan dia memandangkan dia seorang yang kaya raya.

Sekarang kita nak tanya sikit, siapa pulak 'Banker' PAS di kawasan Beserah? Dengar kata, PAS Beserah ni pun ada jugak 'Banker' mereka sendiri.

Banker PAS Beserah ni katanya bukan dari kalangan kontraktor atau pun ahli perniagaan. Tapi dari golongan mereka yang Profesional. Siapa agaknya ye?

Dari maklumat yang SH terima, Banker PAS Berserah ni jugak pernah menaja ceramah yang disampaikan oleh Ostad Mcdee diperkarangan tempat dia beroperasi.

Dan apa yang memeranjatkan kita, Banker PAS Beserah ni jugak mempunyai kontrak istimewa dengan kilang Lynas yang terletak didalam kawasan Beserah tu jugak.

Agak - agak, PAS melalui akhbar lidah rasmi dia berani tak nak buat pendedahan dan nyatakan siapa Banker berkenaan kepada rakyat?

SH bukan apa. Kalau kita dedahkan, nanti diorang kata ini semua fitnah. Ini semua cerita rekaan dan sebagainya. Jadi, ada lebih baik mereka sendiri yang buat pendedahan. Itu lebih baik daripada diorang sibuk menjadikan isu Lynas tu sebagai modal untuk berpolitik!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping