Jumaat, Julai 12, 2013


Kisah di sebalik tabir PRK Kuala Besut memperdengarkan rungutan penyokong PAS mengenai keputusan melantik Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk.  

Husam bakal dibantu oleh Dr. Hatta Ramli dan Ustaz Satiful Bahri yang bertindak sebagai Timbalannya.  

Alasan PAS melantik Husam yang berasal dari Kelantan ialah kerana Kelantan mempunyai pengaruh besar Kuala Besut.  

Ini kerana Kuala Besut terletak di sempadan Terengganu-Kelantan dan suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan. 

Walaubagaimanapun, penyokong PAS di Terengganu merasakan tindakan tersebut sebagai tidak wajar.  

Hujah mereka, bukan sahaja kerana Husam Musa bukan orang Terengganu, tetapi juga kerana beliau adalah dari kumpulan Anwarinas yang kini dipandang serong oleh kebanyakan penyokong tulen PAS.  

PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut mempertikaikan keputusan tersebut dengan mengungkit insiden lama ketika PRK Manek Urai di mana PAS Kelantan menghalang sebarang penglibatan PAS Terengganu.  

Justeru, PAS Kelantan seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk tidak terlibat apatah lagi menjadi Pengarah kepada PRK Kuala Besut ini. 

Kemuncak ketidakpuasan hati ini, PAS Terengganu telah mengambil tindakan memboikot Majlis Perisytiharan Calon.   

Akibatnya, majlis tersebut hanya dihadiri tidak sampai 1000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.  

Ini merupakan petanda malapetaka kepada PAS kerana yang bakal mengundi bukanlah orang Pasir Puteh, tetapi orang Kuala Besut. 

Sebelum nama Husam diumumkan, Wahid Endut telah lebih awal mengisytiharkan YB Satiful Bahri (ADUN Paka) sebagai Pengarah PRK.   

Namun, PAS Pusat nampaknya telah tidak mengambil kira suara beliau tetapi membuat keputusan tanpa meminta pendapat Wahid Endut dan PAS kawasan tersebut.

Apa yang membuat pihak PAS Terengganu lebih ‘panas’ ialah khabar yang menyatakan bahawa perlantikan Husam ada kena mengena dengan hubungannya dengan calon iaitu Azlan Endut, di mana mereka merupakan rakan proksi dalam perniagaan.    

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penyokong PAS sudah tidak begitu mempercayai Husam lagi kerana kedudukannya sebagai wakil Anwarinas.  

Sudah menjadi rahsia umum bahawa team Anwarinas mempunyai agenda tersendiri yang seringkali tidak selaras dengan agenda PAS.   

Selain berjuang semata-mata untuk Anwar, team Anwarinas juga lebih cenderung membawa aspirasi DAP dari PAS sendiri. 

Oleh itu, ramai yang musykil bahawa Husam akan benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemenangan PAS di Kuala Besut.  

Memandangkan DAP sendiri tidak begitu ‘teruja’ dengan PRK ini, malah menyarankan agar ia dipulaukan saja oleh PAS, maka tidak mustahil yang Husam turut mempunyai pandangan yang sama.  

Kekhuatiran DAP dan PKR serta PAS dari team Anwarinas ialah kebarangkalian kemenangan PAS di mana ia mampu membawa kepada terbentuknya kerajaan perpaduan di Terengganu.  

Ini berdasarkan kedudukan kerusi yang akan menjadi seri iaitu 16-16 sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut. 

Seperti yang kita tahu, sebarang bentuk perpaduan UMNO-PAS merupakan malapetaka bagi DAP dan juga Anwar (PKR). 

Justeru, kemarahan dan keraguan Wahid Endut dan PAS Terengganu terhadap Husam Musa secara dasarnya adalah berasas.   

Namun, malang bagi PAS kerana PAS Pusat nampaknya masih lagi begitu naïf tidak dapat menjangka atau membaca agenda tersirat parasit-parasit di dalam parti itu. Jelas, PAS Pusat masih tidak belajar apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. ....biasalah ..kalau Husam pegang jawatan pengarah j/kuasa induk alamat tewas awal-awal.....buktinya ....Putrajaya ....Exco Kelantan pun kecundang...ini pulak nak jadi ketua di Terengganu...lawak sungguh...tunggu keputusan p/raya kecil nanti...kah! kah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping