Selasa, Julai 16, 2013


Kalau di Malaysia ni, hantar mesej yang jelas menghina Islam melalui laman media sosial, hanya dipanggil dan diambil keterangan sahaja.

Kalau kena tindakan undang - undang pun hanya setakat perlu bayar sebanyak RM 50,000.00 atau penjara selama setahun atau kedua - duanya sekali.

Paling tidak pun, kena culik dan dipukul. Kemudian ditinggalkan dalam keadaan berbogel ditepi lebuh raya dan dikutip pulak oleh mereka yang simpati.

Itu je hukumannya. Kalau yang nak kena tindakan undang - undang tu pun perlu bergantung kepada keputusan Peguam Negara. Andaikata Peguam Negara malas buat kerja, jawabnya jadi sawang je la fail dakwaan dan kertas siasatan tu jawabnya!!!
ISLAMABAD 16 Julai - Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam. 
Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000). 
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama. 
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping