Selasa, Julai 16, 2013


Dalam pada cuba berlakon kononnya PKR menyokong PAS, Azmin Ali memperlekehkan calon yang ditampilkan oleh PAS dalam senyum dan dalam cakap manisnya.

Menurut Azmin, walaupun PKR tidak bertanding di Kuala Besut sebaliknya ‘menyerahkan’ kerusi itu kepada PAS untuk ditandingi, tetapi sebagai rakan dalam Pakatan, Azmin menyatakan bahawa PKR ada hak untuk menegur PAS.

Katanya lagi, PAS sepatutnya memilih calon yang lebih berkelayakan sama ada dari segi gerak kerja mahupun latar belakang akademik. 

Dengan kata lain, Azmin Ali mahu menyatakan bahawa PAS adalah segerombolan manusia yang benak, bodoh dan bahlol sehinggakan orang seperti Azlan Jusuh pun boleh terpilih.

Umum mengetahui, calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusuh hanyalah lulusan Gred 3 Sijil Pelajaran Malaysia. 

Di sebalik gah PAS kononnya parti tersebut sekarang ini dipenuhi dengan pelbagai golongan profesional, namun akhirnya yang dipilih adalah Azlan Jusuh.

Namun ramai yang sudah terlupa bahawa PAS pernah berjaya mengangkat seorang peniaga ikan pada tahun 2010 di Galas bernama Fauzi Abdullah yang kelulusan akademiknya jauh lebih rendah berbanding calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat.

Biarpun hanya menang dengan majoriti 65 undi apabila pada saat-saat akhir, PAS terpaksa mendatangkan Nasharuddin Mat Isa yang pada waktu itu adalah Timbalan Presiden biarpun Nasharuddin Mat Isa sedang menjalani rawatan di hospital, namun mutlaknya ialah PAS tetap menang walaupun hanya bermodalkan seorang penjual ikan.

Justeru, PAS amat mengharapkan Azlan Jusuh akan mengekalkan tradisi tersebut biarpun Azlan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti kecuali sebagai penyalur dana untuk aktiviti parti. 

Berbanding Fauzi Abdullah yang merupakan Bendahari PAS Kuala Krai, Azlan Jusuh yang digambarkan oleh PAS sebagai seorang anak muda yang berjaya menerusi perniagaan, hanya berbekalkan sokongan daripada wang ringgit yang ditaburkan untuk ahli-ahli parti.

Yang menjadi masalahnya ialah, Azlan Jusuh mungkin dikenali dan disenangi oleh ahli-ahli PAS Kuala Besut, namun sikap kedaerahan dan keegoan puak Kelantan yang dibenci oleh orang Terengganu, akan menyukarkan PAS untuk merampas kerusi DUN Kuala Besut. 

Apatah lagi, tindakan PAS Pusat yang mengenepikan Pesuruhjaya PAS Terengganu selain jentera PAS Terengganu dalam kempen kali ini, juga dilihat sebagai tindakan yang hanya menempah kerugian yang besar.

Justeru, tidak mustahillah mengapa Azmin Ali lepas mulut mengeluarkan kenyataan yang merendah-rendahkan martabat dan maruah PAS itu kerana dia tahu, dalam keadaan sekarang, PAS sekadar ego dan mahu meneruskan tradisi tetapi PAS sendiri tidak bersedia langsung di Kuala Besut.

Barangkali kerana itulah, jentera PAS di Kuala Besut, terlalu perlahan meskipun mereka datang dan bergerak lebih awal!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping