Rabu, Julai 31, 2013


Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno.

Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya.

"Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS.

"Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau.

"Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini pandangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat semalam berpendapat isu Syiah sengaja ditimbulkan baru-baru ini sebagai propaganda Umno untuk melaga-lagakan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata tindakan berkenaan adalah strategi Umno untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Mengulas lanjut, Yusri yang kini adalah Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI) berkata Syiah adalah satu ancaman besar yang boleh menggoyahkan akidah umat Islam jika tidak ditangani secara besar-besaran.

"Isu Syiah sangat jelas. Macam dia cakap isu sekular dan perkauman itu tuduhan beliau kepada Umno. Umno sendiri tidak pernah mengatakan ia sebuah parti sekular. Ia tuduhan dan masih kelabu isu itu.

"Termasuk tuduhan seolah-olah Umno parti berasaskan kebangsaan itu bercanggah dengan Islam. Itu fahaman dia yang cuba menyempitkan seolah-olah dalam Islam tiada pertimbangan soal kaum.

"Kalau nak banteras memang susah untuk lakukan sepenuhnya, namun kesukaran untuk membanteras seratus peratus tidak menghalalkan kita untuk tidak melakukan apa-apa. Kita wajib melakukan apa sahaja yang mampu untuk mencegah, menghalang dan menyekat," katanya.

Sehubungan itu, Yusri turut menggesa kerajaan dan badan-badan pertubuhan keagamaan supaya bertindak terhadap pengikut Syiah yang secara terang-terangan menonjolkan diri di media massa.

"Dah sampai masanya untuk ambil kesepakatan dan polisi yang seragam oleh pihak berkuasa agama terhadap individu-individu yang terang-terang mengaku Syiah.

"Saya tahu bukan mudah sebab mereka ada dokongan dari negara luar, mungkin bilangan makin ramai, tetapi perlu ada polisi yang seragam sama ada menahan mereka atau hantar ke pusat pemulihan atau sekurang-kurangnya menyekat kegiatan mereka sehingga mereka tak boleh menyebarkan kepada ornag lain dan memantau. Itu perlu dibincangkan," katanya.

Ps: Apa nak heran dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang mana nak mengakui kesilapan diri sendiri. Diorang akan cari jalan untuk salahkan orang lain jugak!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Syiah amat bahaya, sebahaya zionis, tp syiah lg bahaya krana bole mnyelinap dan tumpang brnafas dlm masyarakat, sukar utk mengenal ahli syiah krana amalan taqiyah yg dbenarkan dlm ajaran agama mereka, menipu utk agama.

    Sukar juga utk meluruskn pmikiran ahli syiah jika trtangkap, mreka akan mngaku mnyesal dn btaubat tp bila dlepaskn mreka akn mnyambug kembali pnyebaran agama songsang.

    Tiada cra lain utk mngawal gerakan syiah slain mmenjara atau buang negara.

    Seresli, syiah amat bahaya.

    BalasPadam
  2. Orang shah alam mungkin sayang dia itu sebab Itu dia dipilih sebagai ahli parlimen shah alam.....Penyokong dap menjual arak di shah alam, penyokong kuat gereja dumc dalam hal murtad, penyokong kuat kalimah Allah untuk bible dan sekarang penyokong syiah.....

    BalasPadam
  3. Entah2 dia tu hardcore pengikut Syiah..

    BalasPadam
  4. mangkuk punya khalid samad. soal akidah dah belit kata ini semua propaganda politik UMNO. nampak sangat tak ikhlas berjuang untuk akidah umat islam. dalam hati penuh syak wasangka nak kata UMNO jugak yang jahat. ramai orang macam khalid lagi cepat negara ini dipenuhi syiah, kristian dan zionis. bodoh tahap gaban orang2 shah alam yang bagi undi kat mamat gila kuasa ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping