Jumaat, Julai 19, 2013

Kalau dulu, kita tak dapat nak pastikan kenapa puak - puak Pakatan Haramjadah ni sibuk sangat membangkitkan sesuatu isu. Kita tidak sedar yang mereka mempunyai agenda lain.

Tapi, sejak kebelakangan ini, baru la kita dapat lihat apa yang sebenarnya cuba dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang sebenarnya nak 'cover line'.

Sebagai contoh, isu mengenai pemansuhan Akta Hasutan ni. Kita heran jugak, kenapa diorang beria - ia nak akta tersebut dihapuskan secepat mungkin?

Kalau boleh, diorang nak akta tu dihapuskan hari ini jugak tanpa melalui proses - proses yang sepatutnya. Jadi, itu membuatkan kita rasa hairan.

Namun, kemungkinan itu terjawab apabila ada dikalangan mereka yang ditahan dibawah akta tersebut dan sedang berhadapan dengan pendakwaan dimahkamah.

Dalam kalangan mereka itu, ada yang memang terbukti bersalah dan bakal dikenakan hukuman. Maka sebab itulah mereka nak akta tu dihapuskan segera.

Malangnya, apa yang mereka impikan itu tidaklah semudah yang digambarkan. Nak hapuskan sesuatu akta ni kena ikut proses tertentu. Bukannya main ikut sedap hati je. Jadi, tak payah la Nurul Izzah tu sibuk sangat nak kecewa bila rayuan dia ditolak!!!
Pemansuhan Akta Hasutan 1948  yang bakal digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional nanti perlu dibentang dan diperkenan oleh Majlis Raja-raja terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Izzah berkata dengan pemakluman terbaru yang diterimanya daripada soalan bersabit isu itu yang dikemukakan kepada Dewan Rakyat 1 Julai lalu, mengesahkan Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan sewenang-wenangnya meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencadangkannya pada September tahun lalu.

"Kami mengambil serius perkara ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara ini pada September 2012 bahawa beliau akan mengusulkan Akta Hasutan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

"Jadi saya telah memberikan salinan rang undang-undang persendirian kepada pihak Speaker dan juga Setiausaha Dewan Rakyat khususnya untuk membantu Perdana Menteri hari ini.

"Speaker Pandikar Amin Mulia berkata bahawa pemansuhan Akta 15 ini terutamanya subseksyen 3(1)(F) akan menyebabkan tindakan mempersoalkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu tidak lagi menjadi kesalahan hasutan,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Malah kata Izzah, makluman terbaru Speaker turut menegaskan bahawa Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

"Speaker kata cadangan RUU yang dikemukakan oleh saya perlu dibawa ke Majlis Mesyuarat, ia perlu dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja terlebih dahulu," katanya lagi.

Justeru Izzah memberitahu usul dan RUU yang dikemukakannya tidak mendapat perkenan atau kelulusan daripada Majlis Raja-Raja.

"Speaker telah menolak usul-usul saya di bawah Peraturan Mesyuarat 49(2) kerana tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan," katanya ringkas.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping