Hampir seminggu lebih, puak - puak Pakatan berkempen dengan menggunakan slogan 16-16. Ianya merujuk kepada jumlah kerusi DUN dalam Negeri Terengganu.
Kononnya, bagi mereka, dengan wujudnya keadaan sama rata seperti itu akan memberikan kelebihan yang lebih kepada mereka untuk memperjuangkan rakyat.
Namun, hakikatnya, puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya lebih tertarik kepada senario selepas Pilihan Raya Kecil nanti dimana keadaan sama rata itu akan diuji.
Demikian yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Pak Ibharim ketika ditemubual oleh wartawan Sinar Harian baru - baru ini.
Pak Ibharim kata, keadaan selepas PRK ini nanti akan ditunggu - tunggu oleh semua pihak seandainya jumlah pembahagian kerusi menjadi sama rata.
Tetapi, adakah itu yang menjadi keutamaan rakyat di Kuala Besut ni? Adakah mereka ingin menjadi 'Tikus Makmal' kepada puak - puak Pakatan Haramjadah tu?
Apa yang pasti, puak - puak Pakatan Haramjadah ni hanya mencanangkan keadaan sama rata tersebut tanpa menyebut apa kelebihannya kepada rakyat.
Jika bilangan kerusi didalam sidang DUN Terengganu menjadi sama rata, apa keistimewaan yang boleh dikecapi oleh rakyat selain dari keadaan huru hara?
Adakah dengan keadaan itu membolehkan rakyat di Kuala Besut atau mana - mana kawasan lain dalam Negeri Darul Iman ini lebih terjaga Kebajikannya?
Sewajarnya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu menghidangkan kepada rakyat realiti sebenar sekiranya kedudukan kerusi menjadi sama rata. Bukan hanya nak melihat apa yang akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil ni nanti!!!
Sorilah kalau aku ketinggalan zaman... Sejak bila keputusan PRU13 berubah BN 16: Pakatan 16. Yang aku tau BN 17 (-1); PAS 14 dan PKR 1.
BalasPadamKalau PAS memang di PRK Kuala Besut nanti pun keputusan akan jadi BN 16; PAS 15 dan PKR 1. BN masih menang sebab seingat aku yang dikatakan Pakatan Rakyat ni masih Pakatan Haram, bukan macam Barisan Nasional.
Tapi kalau ikutkan hati, aku serahkan saja Trengganu balik ke tangan PAS. Biar dema memerintah lagi, dan terima habuan bayar hutang melebihi RM1.5 bilion legasi Balun Balak dari pemerintahan PAS dulu. http://hambali1.blogspot.com/2013/07/pemimpin-pas-cuci-tangan-ahmad-said.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FYGbI+%28Rakyat+Malaysia%29
Memang menyusahkan rakyat kalau dah tak tau mentadbir, bukan saja habis tonggang langgang, tapi juga mencerutkan belanjawan. Lepas tu pandai pulak kritik hingga semua tak betul.
Kalau nak jadi pembangkang biarlah terus menerus kekal jadi pembangkang sambil menimba pengalaman dan pengetahuan. Tegur, bantah, kritik jika apa yang dibuat pemerintah tak betul, tak adil, tak berhati perut.
Tapi kalau dah otak sentiasa ada di lutut, aku rasa jadi bangal tonggangan Pakatan Haram lah yang terbaik untuk PAS.