Selasa, Julai 16, 2013


Mungkin ramai yang bersyukur dilahirkan sebagai Melayu kerana dilahirkan sebagai Islam serta menikmati hak istimewa sebagai orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. 

Namun mungkin ada yang rasa kenapalah aku dilahirkan sebagai orang Melayu, nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh, nak minum arak tak boleh, nak mandi buih kena tangkap.

Kalau tak nak pakai tudung dipandang seorang, nak pakai seksi kena kutuk, nak buat gwiyomi orang hina, nak luahkan rasa cinta pada boyfriend kena maki.

Bagi yang suka K-Pop pun kena ceramah berbakul2, senang cerita nak buat apa2 pun susah. Susah betul jadi melayu, tak bebas nak buat apa2.

Orang Cina juga mungkin ramai yang bersyukur dilahirkan sebagai orang Cina kerana tak perlu terikat dengan undang - undang yang menyekat kebebasan mereka.

Diorang boleh pakai apa saja mereka suka, makan apa saja mereka suka serta peluang nak jadi kaya lebih cerah kerana mereka telah pun memonopoli ekonomi negara. 

Namun mungkin juga ada yang rasa kenapalah aku dilahirkan sebagai seorang Cina di Malaysia ni kerana tak dapat macam - macam kelebihan dan keistimewaan.

Lain la kalau lahir sebagai orang Cina di Singapura, Australia, US ke oklah jugak, nak buat blog dan video lucah pun takde orang kisah. Tak de orang peduli.

Begitu juga dengan kaum lain, ada yang bersyukur, ada juga yang menyesali. Namun suka tak suka, mahu tak mahu, kita telah pun dilahirkan dalam suatu kaum.

Itu suatu yang kita tidak boleh pilih. Sama juga kalau kita lahir sebagai anak kepada seorang pengemis, atau lahir sebagai anak kepada seorang raja. 

Hakikatnya, tak perlulah kita berbangga sangat bila kita dilahirkan sebagai bangsa apa, negara apa atau anak siapa pun atas muka bumi ni.

Ada yang sampai lahir rasa begitu takbur, riak, memandang rendah terhadap suatu bangsa, negara atau orang lain, sebab kita ni bangsa sapa, anak sapa, semua itu telah ditakdirkan. Ia bukan pilihan kita atau bukan berlaku atas usaha kita pun!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kalau orang islam yg mengeluh macam tu bermakna dia kurang keimanan kerana rukun iman yg akhir ialah percaya kepada ketentuan Allah samada baik atau buruk.
    lagi satu dia adalah orang yg kurang mengingati Allah kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang.
    perbanyakkanlah mengingati Allah baru kita tahu apa tujuan kita dihidupkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping