Isnin, Julai 22, 2013


Arahan tutup mulut adalah strategi biasa yang dipakai pembangkang apabila menghadapi dan mahu menutup sesuatu krisis.

Misalnya, pada 2009, Khalid Gagap mengarahkan semua EXCO tutup mulut mengenai kontroversi penjualan arak di negeri itu. 

Dia juga mengarahkan Datuk Dr Hassan Ali untuk tutup mulut berhubung isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama berikutan laporan adanya usaha memurtadkan orang Melayu-Islam. 

Arahan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 2011 itu adalah antara punca hubungan PAS dengan DAPigs dan PKR bertambah buruk dan berakhir dengan pemecatan Hassan sebagai EXCO serta sebagai ahli PAS. 

Perbalahan PAS dan DAP dua tahun lalu berikutan kenyataan Nik Aziz untuk laksana hukum hudud, pemimpin DAP berkeras menentang sehingga berlaku ugut keluar pakatan.

Maka tampil la Pak Mus selaku Setiausaha Agung PAS mengeluarkan kenyataan pada 26 September 2011 agar semua pihak tutup mulut.

Ketika berlaku pertikaman lidah antara dua pemimpin DAPigs berhubung pembinaan rumah kos murah di Pulau Pinang dua tahun lalu, Si Guan Eng pun keluarkan arahan tutup mulut.

Menjelang PRU-13, berlaku perbalahan besar dalam kalangan kepemimpinan PAS Kedah sehingga wujudnya dua kem yang dalam pentadbiran Negeri. 

Mereka juga diarah tutup mulut, namun kerosakan politik yang serius telah berlaku dan ianya tidak boleh diperbaiki lagi. Akibatnya, Rejim PAS Kedah jatuh pada PRU Mei lalu.

Di DUN Kuala Besut, jika tidak pun kerana calon yang naïf politik dan kurang pengalaman, PAS tetap akan menghadapi pelbagai kekurangan. 

Ramai berpendapat calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan lebih mantap dibantu legasi popular Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang disenangi rakyat. 

Masalah dalaman kompleks dan serius yang dihadapi PAS Kuala Besut bukan rahsia lagi, sehingga pengarah pilihan raya terpaksa diambil dari Kelantan. 

Ironinya, Si Husam Kambing sebelum ini dianggap orang bertanggungjawab ‘merosakkan’ hubungan PAS Kelantan dan PAS Terengganu. 

Dia sendiri penuh kontroversi kerana melabel pemimpin PAS yang tidak mengikuti perhimpunan Blackout 505 sebagai ‘Pengkhianat’. 

Tak lupa juga dengan fatwa 'Mati ketika berhimpun dianggap mati syahid'. Malah dia juga gagal dalam perebutan kawasan Parlimen Putrajaya kerana strategi lemah.

Ada juga orang kata yang perlantikan Si Husam tu hanya satu tindakan untuk terus membunuh karier Politik dia. Kegagalan di Kuala Besut akan dipikul oleh Husam sendirian.

Kesimpulannya, percaturan PAS di Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut kali ini boleh dianggap sebagai kesilapan yang PALING BESAR pernah mereka lakukan.

Tapi, diorang tak boleh nak salahkan orang lain. Ini semua salah diorang sendiri. Awal - awal lagi orang dah bagi amaran. Tapi diorang yang degil tak nak dengar. Nak jugak habiskan duit Che Long. Sekarang, sendiri bikin sendiri tanggung la!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping