Ahad, Julai 28, 2013


Kalau kita kata Bodoh, diorang marah. Tapi hakikatnya, diorang ni Bodoh bertingkat - tingkat. Sekarang ni dah sampai tingkat mana kita pun tak tau.

Bila menghadapi Kekalahan ni, apa yang wajib kita buat ialah redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Sesungguhnya dalam setiap musibah tu ada pengajarannya.

Tapi, buat orang yang KONONnya berjuang kerana Islam ni tak faham semua tu. Diorang tetap jugak nak menongkat langit dan enggan mengakui salah sendiri.

Tak hilang der ego atau maruah parti jika mereka sekali sekala mengakui kesilapan yang mereka lakukan didepan orang ramai. Mungkin orang akan lagi hormat pada mereka.

Tinggal lagi, sikap merendah diri sedemikian tak wujud dalam jiwa PAS. Sebab itu dalam apa jua keadaan, mereka akan menyalahkan orang lain diatas Kegagalan mereka sendiri.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang  berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.
Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, faktor tarikh Pilihan Raya tu bukan punca utama kepada kekalahan mana - mana pihak di Kuala Besut.

Jika PAS anggap tarikh itu memberi kesan kepada mereka dalam penjumlahan undi, adakah BN tidak terkesan daripadanya? Sudah tentu terkesan juga.

PAS perlu tahu. BN kehilangan lebih 500 undi luar dalam Pilihan Raya Kecil kali ini jika hendak dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum yang lalu.

Manakala PAS pula hanya hilang dalam 300 lebih je. Beza dalam 200 undi. Kot semua undi luar tu balik mengundi pun, PAS tetap juga akan kalah dalam PRK kali ini.

PAS juga perlu ingat. Dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, kawasan Kuala Besut tetap juga dimenangi oleh Barisan Nasional. Bukannya PAS yang menang.

Penyebabnya ialah PAS sendiri. Mereka yang tersalah susun taktik untuk menghadapi BN dalam Pilihan Raya Kecil kali ini. Itu sebab kenapa mereka kalah. (Klik Sini).

Hakikatnya, PAS GAGAL untuk menawan hati rakyat. Mereka GAGAL mendengar kehendak rakyat di Kuala Besut. Mereka lebih utamakan dendam terhadap BN. Itu sahaja.

Jadi, bagi SH, tak perlu la PAS nak terus menyalahkan orang lain dan terus menongkat langit dengan keangkuhan kononnya diorang ni parti yang maksum sangat. Sedar sikit salah sendiri tu. Jangan asyik nak salahkan orang lain je kerjanya!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. antara faktor kalah ialah kerana PAS salah strategi,....dalam kempen diorang suka menyerang peribadi calon lawan seperti cacatlah,bukan anak tempatan la,ijazah tipu la,tapi diorang lupa nak dengar masalah rakyat.....inike contoh wakil rakyat yang berjaya kalu selalu ceramah 24/7 tapi masalah rakyat buat tak tahu jer....diorang jugak kata nak pertarungan bersih tapi diorang jugak yang merosakkan.....

    BalasPadam
  2. betol x3 anon 9.31 am

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping