Ahad, Julai 28, 2013


Huh! Mesti korang pun pelik kenapa SH lambat keluarkan 'Post-Mortem' bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ni kan. Hehehe... Jangan marah.

Bukan SH saja lambat nak buat. Tapi nak bagi laluan kepada orang lain bagi pandangan mereka mengenai apa yang berlaku di DUN Kuala Besut.

Memang macam - macam benda yang dapat kita perhatikan berlaku di Kuala Besut. Terutama sekali dari kalangan penyokong BN.

Kalau baca 'Post-mortem' dari Kickdefella, apa yang dinyatakannya adalah benar sama sekali. Memang itulah harapan akr umbi Barisan Nasional.

Zaman sekarang ni nak pemimpin yang muda dan berkebolehan berkhidmat untuk rakyat. Dan mereka juga nak tengok kerjasama diantara pemimpin UMNO tu sebenarnya.

Nak tengok sama ada mereka boleh Co-Exist diantara satu dengan lain. Dan terbukti, perkara itu menjadi satu fenomena yang cukup mengujakan.

Tidak ada isu yang timbul. Tidak ada berlakunya sabotaj dari dalam parti sendiri. Walaupun ada isu yang cuka dibangkitkan, masing - masing mampu menyelesaikannya.

Dipihak PAS pula, buat kali pertama SH mengakui bahawa calon yang diturunkan oleh PAS memang seorang yang berkebolehan. Dia memang seorang calon yang baik.

Secara peribadi, SH suka dengan calon yang mereka turunkan. Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long ni memang seorang yang cukup personanya.

Dia seorang yang kaya yang sentiasa membantu mereka yang kurang upaya. Dia seorang dermawan yang memang tidak dapat dinafikan sumbangannya terhadap masyarakat.

Bagi SH, sifat dermawan Che Long wajar dituruti oleh mereka yang lain. Yang kaya sentiasa membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu sebarang sebab musabab.

Namun, malang nasib dia sebab kepimpinan PAS sendiri. Dia hanya dijadikan 'bahan' bagi jentera PAS yang datang dari luar.

Ada yang berbisik menyatakan bahawa calon PAS di Kuala Besut hanya menjadi mangsa keadaan. PAS katanya kurang kewangan untuk bertanding dalam PRK kali ini.

Maka itu sebabnya mereka memilih Che Long untuk menjadi calon dan menolak mantan calon mereka yang sebelum ini iaitu Napisah Ismail.

Patut la sepanjang PRK yang berlalu tempoh hari, kita tidak mendengar lansung luahan hati dari Ketua Muslimat PAS Kuala Besut itu. Dia pun turut diarahkan untuk menutup mulut.

PAS Pusat mempergunakan Che Long sehabis - habisannya. Semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh Che Long atas sebab dia kaya. Dari bahan kempen sampai la ke jamuan makan.

Habis semua ditanggung oleh Che Long. Namun, jentera PAS Pusat pula hanya diibaratkan sebagai 'Parasit' dengan menumpang kekayaan Che Long.

Malah mereka sendiri seolah - olah tidak mengiktiraf Che Long sebagai calon apabila mengenakan tindakan supaya Che Long menutup mulut.

Hanya gara - gara Che Long 'terlepas cakap', jentera PAS Pusat menganggap Che Long seorang yang tidak berpendidikan dan tidak tahu berpolitik.

Benar. Jika dilihat dari pemerhatian SH, Che Long memang tak pandai berpolitik. Tetapi dia suka membantu orang yang susah. Perkara itu yang tidak dijadikan bahan utama PAS.

PAS GAGAL menjual calon mereka yang dermawan itu untuk menambat hati pengundi. PAS tidak menggunakan alasan 'Calon Dermawan' sebagai bahan dalam kempen mereka.

Sebaliknya, PAS hanya menjadikan 12 hari tempoh berkempen sebagai medan untuk mereka membalas dendam terhadap Barisan Nasional.

Mereka menjadikan 12 hari berkempen untuk menyerang BN dengan dakwaan serta tuduhan yang bukan - bukan. Ini yang GAGAL menarik perhatian rakyat.

Kesimpulannya, PAS GAGAL menawan Kuala Besut bukan atas sebab faktor calon. Tetapi susunan strategi kempen menyebabkan mereka kalah. Jadi, jangan la diorang nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping