Rabu, Julai 24, 2013


Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur membatalkan petisyen BN bagi Parlimen Batu yang difailkan oleh Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof turut memutuskan petisyen itu cacat dan Naib Presiden PKR, Tian Chua telah dipilih dengan sewajarnya dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.

Dominic dalam petisyennya menamakan Tian atau nama sebenarnya – Chua Tian Chang, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Menerusi petisyen tersebut, Dominic dilapor mendakwa Tian Chua tidak layak bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Beliau juga dilapor mendakwa, selaras dengan Perkara 48 1(e) dan 48(5) Perlembagaan Persekutuan, sabitan jenayah dan denda tidak kurang daripada RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua telah tidak melayakkan beliau untuk bertanding dan dipilih sebagai ahli Parlimen.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili SPR, tidak memohon untuk kos terhadap BN.

Ps: Mujur la petisyen yang dibuat tu ada kecacatan. Kalau tidak, jadi pencacai pengangkut najis je la dia jawabnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping