Itu satu persoalan yang rasanya semua orang pun dah tau jawapannya. Rasanya tak perlu kita banyak bercerita bab tu. Tapi, kita baca pandangan dari pakar ni pulak.
Pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sekali lagi menulis dan mempertikaikan kerajaan negeri Kelantan.Kali ini beliau mempersoalkan apakah PAS juga mengamalkan kronisme?Ini adalah tulisan ketiga penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengenai kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan.Tulisan pertama beliau mengenai ketiadaan keghairahan baru dalam politik Kelantan menimbulkan perdebatan hangat.Tulisan itu dijawab beberapa pemimpin kerajaan negeri Kelantan namun salah seorang pemimpin PAS Pusat mempertikaikan jawapan itu dan menyifatkannya sebagai jawapan bodoh sombong."Apa yang pastinya banyak pelantikan baru, tidak ada pembaharuan dan perubahan. Majoritinya adalah pelantikan ‘reuse dan recycle’ seolah-olah kitar semula menjadi dasar dan amalan."Misalnya, lihat siapa yang dilantik menjadi Pengarah Pusat Kajian Strategik? Siapa Pengarah Urusetia Penerangan Kelantan? Siapa Ketua Pengelola Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan?" tanya Agus dalam tulisan terbarunya kali ini.Kerajaan Kelantan baru saja melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan yang baru. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar (MB) Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.
Nah! Sekarang macam mana? Dah jelas bahawa apa yang dibangkitkan sebelum ini memang benar. PAS juga mengamalkan kronisme macam PKR.
Bila diorang tuduh orang lain, bukan main lagi canangnya. Sekarang bila dah kena pada diri sendiri, macam mana pulak? Takkan diorang nak diamkan diri je.
Jadi, untuk apa lagi diorang nak bercerita pasal 'Assobiyah' dan sebagainya dengan rakyat untuk memburuk - burukkan orang lain kalau diri sendiri pun buat benda yang sama? Tak ke itu MUNAFIK namanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.