Selasa, Ogos 20, 2013


Dua penganjur Himpunan Hijau tahun lalu minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas kesalahan melanggar Akta Perhimpiunan Aman 2012.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Perlombongan Emas Anti-Sianida, Wong Kin Hoong, 65, dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana mengambil bahagian dan berarak ketika himpunan berkenaan dari padang bola sepak kompleks sukan daerah Raub ke Bangunan Gunasama Persekutuan Raub.

Kedua-dua tertuduh dilaporkan melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2 hingga 4.30 petang 2 September tahun lalu.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 15(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Dua lagi turut didakwa di mahkamah yang sama atas kesalahan membawa kanak-kanak menghadiri himpunan. Mereka ialah Liew Chee Cheong, 43, dan Chan Lai Yoong, 32.

Hakim Mahkamah Sesyen, Shahrizat Ismail membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa mewakili pihak pendakwaan sementara tertuduh diwakili Mohd Harris Abdullah, Roger Chan dan Lai Chee Meng.

Ramai penyokong berkumpul di luar perkarangan mahkamah dengan memakai kemeja-T berwarna hijau bagi memberi sokongan moral.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping