Isnin, Ogos 19, 2013


Semenjak menjadi penyokong PAS (dari 1973), kesimpulannya pemimpin yang terdiri peringkat pusat, bahagian dan cawangan masih di tahap kampung.

Perihatin kepada masalah untuk mencari dan menambah ahli dengan pelbagai program nampak macam berlakon.

Era tahun awal tahun 1970'an, rumah ayah saya menjadi tempat rehat beberapa pemimpin muslimat, seperti Datin Sakinah, Puan Hajah Sarah, Ustazah Hayati Hasan dan beberapa orang lagi

Semasa arwah suami di tahan di Kemunting, semua mereka ini maklum. Termasuk ustazah Hajah Aminah (isteri Pak Mat Syukri). Orang Kedah kenal Yb ini.

Terpulanglah kepada pembaca menghukum saya begitu atau begini.

Saya pernah di ajak untuk berceramah d beberapa pentas PAS. Maklum tidak ada pendapatan. Baju tidak bersalin. Anak perlu susu. Nasib baik ketika itu belum ada lagi lampin pakai buang. Napkin kain biasa saja.

Pernah ke Langkawi dengan arwah Ibu YB Dr. Siti Mariah.Tinggal anak yang masih kecil dalam jagaan mak saya. Ya lah... kita berkorban demi perjuangan Islam. 

Nak dirikan undang-undang Syariat di bumi ini. Satu sen habuk tidak ada dalam tangan. Ada ke sesesiapa bertanya khabar tentang saya ? Ye lah.. siapalah sangat saya ni!

Oleh kerana saya ada sedikit bakat dalam berceramah dan ada lah sikit-sikit membaca dan faham serba sikit tentang politik, agaknya itulah sebab saya di tarik untuk berdiri di pentas PAS.

Sehinggalah di satu menyuarat MUSLIMAT PAS kawasan saya terpilih untuk jawatan Setiausaha Muslimat kawasan tersebut.

Dengan tidak ada pendapatan (menumpang keluarga, kebetulan ayah belum pencen), saya sedih sangat. Pakaian yang 3-4 pasanag itulah saya pakai dalam setiap majlis.

Sekarang isteri mangsa ISA bertuah adanya Ahmad Lotfi sebagai orang kuat dalam tabung mangsa ISA.

Berbalik kepada apa pemimpin PAS buat dulu dan kini. Saya tidak bermaksud menuntut ganti rugi atau apa-apa pampasan. Pemimpin kita cakap tidak serupa bikin.

Terjumpa sekumpulan ahli PAS dengan warga-warga emas di sebuah shopping komplek. Saya tegur. Dan berlaku perbualan antara saya dan muslimat tersebut. 

Dia minta no kontek saya, janjinya selepas ini saya akan diberi bocer bernilai RM100 untuk shopping. Isunya, bukan bocer itu. Mereka yang berjanji. 

Jika sekalipun saya diberi bocer RM100, mungkin saya akan berikan kepada rakan warga emas yang saya kenal. Bukan saya tidak menghargai. Setakat ini bersyukur anak-anak saya mampu menyara dan memberi duit poket.

Dan banyak lagi jika dikisahkan sikap negatif ahli jemaah kita terhadap beberapa perkara. Jika ada yang terasa nasiblah... Siapa makan cili dia dulu cari air...

Patutpun Perlis yang kecil, comel lotei dapat berapa kerusi ADUN ya??? Kedah pun alahai..... Apa yang mereka semua perihatinkan??? 

Jemput mesyuarat pun semata-mata nak cukup korum. Tindakan susulan dan perlaksanaannya bagaimana ya????

Saya tidak nampak ada kemajuan dan perubahan jika pemimpin tidak drastik, banyaklah membaca boleh ikuti isu semasa. - Puan Radix
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping