Amacam? Berani tak PAS buat bantahan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah semalam? Atau adakah diorang hanya akan berdiam diri?
Jika sebelum ini, PAS turut serta dengan PKR menyalak - nyalak menyalahkan mahkamah kerana menolak petisyen Pilihan Raya tanpa dibicarakan.
Hakikatnya, PAS dan PKR tidak mahu mengakui bahawa peguam - peguam diorang semuanya benggong sebab tak pandai isi borang petisyen.
Tapi, siapa pulak yang nak mengaku kata dia kencing ditengah jalan ye tak. Cara mudah untuk mengakui kesilapan sendiri ialah dengan cara menyalahkan orang lain.
Sekarang kita tengok. Adakah PAS turut akan membantah keputusan yang dibuat semalam atau mereka hanya akan mendiamkan diri mengenainya?
Adakah PAS yakin bahawa mereka mampu untuk mengekalkan dua kerusi tersebut sekiranya mahkamah membenarkan petisyen tersebut dibicarakan?
Bukan apa. Kita takut nanti kalau diorang kalah diorang meroyan pulak tak tentu arah. Nanti diorang pulak yang putih mata. Masa tu, mula la diorang buat rusuhan dijalan raya tanda bantahan terhadap keputusan yang dibuat. Itu je niat diorang yang sebenarnya!!!
KOTA BHARU: PAS mengekalkan kerusi parlimen Bachok dan Dun Jelawat apabila Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen dikemukakan Barisan Nasional (BN).Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menolak petisyen tersebut selepas peguam responden pertama mengemukakan bantahan awal kedua pada prosiding kes berkenaan minggu lepas.Pada 10 Julai lalu hakim terbabit menolak bantahan awal dikemukakan responden pertama dengan kos RM30,000.Ketika perbicaraan kes berkenaan 12 Ogos lalu responden pertama mengemukakan bantahan awal kedua terhadap isu-isu baharu yang belum dibangkitkan pada bantahan awal pertama.Perbicaraan yang penuh sesak dengan penyokong kedua-dua pihak menyebabkan ramai peguam terpaksa berdiri di galeri awam.Malah ramai lagi berada di luar dewan mahkamah memandangkan tiada tempat duduk.Pempetisyen diwakili peguam Mohd Ilyas Mohd Noor, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Nor Azli Ahmed dan beberapa lagi peguam.Peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria mewakili responden kedua, pegawai pengurus pilihan raya dan ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya.Manakala peguam Aminuddin Zulkifli, Hisham Fauzi, Alawi Mohd Rashid, Firdaus Abdullah, Nasrul Mohamad dan beberapa lagi peguam mewakili responden pertama.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.