Sepuluh hari yang lalu, bekas pembantu peguam kepada Si Ketua Penipu tu tampil dan mendedahkan pelbagai perkara kepada pihak media.
Pendedahan yang dibuat jelas menjejaskan kredebiliti serta imej Si Ketua Penipu tu sebagai seorang pemimpin nombor satu dikalangan Pakatan.
Namun, setelah tempoh seminggu yang diberikan oleh Yuktes Vijay tamat, Si Ketua Penipu tu masih lagi belum mengambil apa - apa tindakan mengenainya.
Sebaliknya, Si Ketua Penipu tu cuba mengalihkan pandangan rakyat kepada isu lain. Kenapa dia tak nak jawab pendedahan yang dibuat oleh Yuktes?
Kenapa dia tak nak ambik tindakan terhadap bekas pembantu peguam dia ni? Adakah apa yang didedahkan oleh Yuktes tu satu perkara yang benar?
Atau adakah ianya hanya fitnah semata - mata? Jelas, Si Ketua Penipu tu selaku pemimpin memang tak berani nak berhadapan dengan Kebenaran.
Dia hanya setakat berani nak bersuara dari belakang je!!! Bila berdepan dengan orang macam Yuktes ni mula la kecut buah kerandut dia!!! Orang macam ni ke yang nak dijadikan sebagai pemimpin? Korang fikir la sendiri!!!
Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi dalam Pilihan Raya Ke13 (PRU13) ternyata sebagai satu tindakan yang dirancang.Bekas pembantu Sankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim), Yuktesvaran Malaipan berkata, taktik kotor itu hanyalah penipuan semata-mata dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menjawab segala penipuan yang direka oleh mereka."Isu 40 ribu warga Bangladesh yang didakwa mengundi pada PRU13 lalu ternyata satu penipuan. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, hak anda. Tetapi bagi saya, ia jelas tipu dan saya ada bukti."Isu ini seperti dirancang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.Semalam, Yuktesvaran telah membuat laporan polis di balai polis Klang Selatan berhubung isu tersebut serta beberapa isu lain yang mengaitkan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahaim.Tambahnya, laporan itu adalah langkah terakhirnya dalam usaha menghentikan rancangan yang mencemarkan dan merenggangkan hubungan diplomatik Anwar dengan negara asing.Sehubungan itu, Yuktesvaran memberi tempoh smeinggu kepada pihak pembangkang untuk menjelaskan isu penipuan tersebut."Saya beri mereka tujuh hari kepada mereka untuk menjawab mengenai dakwaan bahawa terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.