Ahad, Ogos 11, 2013


Mujur la setakat pengsan je Si Karpal Whilchar ni. Kalau terus masuk hospital, macam mana? Itu pun baru baca komen dari Si Kuan Yew tu sahaja.

Kalau dia kena tenyeh depan - depan, rasanya mau Si Karpal tu masuk ICU dibuatnya. Kiranya ada jugak la kesan kenyataan Si Kuan Yew tu terhadap Pakatan.

Apa yang pasti SH setuju jugak la dengan kenyataan Si Karpal Whilchar ni. Si Kuan Yew tu memang tak de hak lansung nak masuk campur urusan Negara.

Baik dia jaga tepi kain dia dulu la sebelum sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Tinggal lagi, kenyataan Si Karpal ni patut ditujukan kepada diri dia dulu.

Dia pun sama jugak ada perangai hodoh macam Si Kuan Yew tu. Suka sangat nak masuk campur hal orang lain sedangkan hal parti sendiri pun dia tak mampu nak selesaikan. 

Adalah lebih baik Si Karpal Whilchar tu selesaikan dulu masalah CEC yang kini sedang melanda parti dia tu. Jangan sibuk nak komen pasal orang lain.

Dia suruh Si Kuan Yew tu bersara dan menikmati hari - hari tua dia. Tapi yang dia sampai hari ini pun masih tak sedar diri. Tahan la Si Kuan Yew tu masih boleh berdiri. Yang dia pulak? Setakat cakap orang je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.

"Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media di Pulau Pinang.

Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal.

Lee menerusi buku bertajuk “One's Man View of The World” yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping