Ahad, Ogos 11, 2013


Sekarang korang sendiri lihat. Sesama pemimpin diorang pun masih lagi berbalah dalam isu nak melaksanakan Hukum Hudud. Pun diorang masih jugak tak sedar diri?

Pun masih jugak diorang nak mendabik dada kata yang diorang ni memperjuangkan Islam? Jelas diorang ni hanya pandai bercakap je dengan air liur.

Sebelum ini, Si Khalid Gereja tu kata, Hukum Hudud hanya akan dilaksanakan sekiranya wujud 'Referendum' dari rakyat secara menyeluruh.

Referendum tersebut merujuk kepada pungutan suara dikalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia mengenai perlaksanaan hukum tersebut.
"Untuk membuat perubahan tersebut, kita memerlukan sebuah kerajaan pusat yang tidak menghalang dan itu harapan kita bahawa PR akan memerintah. Dan atas desakan rakyat Kelantan itu sendiri akan membenarkan ia dilaksanakan. 

"Kita boleh membuat referendum dan minta rakyat Kelantan menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan hukuman hudud dan kita laksanakan dahulu di Kelantan. Yang pentingnya, akhirnya undang-undang yang dilaksanakan bergantung kepada penerimaan masyarakat. 

"Jika mereka nakkan Islam, maka mereka akan tuntut supaya undang-undang Islam dilaksanakan. Kalau dipaksa nanti timbul masalah," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Antarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Kenyataan Si Khalid Gereja tu segera dibidas oleh Pak Berahim selaku Ketua Penerangan PAS Pusat yang menyatakan bahawa Hudud tak perlu 'Pungutan Suara'.
Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Yang pertama ini ialah kewajipan pelaksanaan hudud dari segi syaraknya, pada orang Islam, solat dan puasa itu macam kewajipan, jadi ini pun satu kewajipan.

"Jadi sebagai satu kewajipan, sudah tentulah kita tidak mahu menanggung dosa dan kita wajib berusaha pelaksanaannya, masa (bila) kemampuan kita untuk melaksanakannya bergantung kepada keadaan dan penguatkuasaan yang ada dan sebagainya," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi, pada Ahad.
Kalau Si Khalid Gereja ni dia guna terma 'Referendum'. Tapi bagi Si Ketua Penipu tu pulak, dia suka guna perkataan 'Konsensus'. Yang Pak Berahim pulak guna 'Pungutan Suara'.

Walhal semuanya merujuk kepada maksud yang sama. Persoalannya, kenapa diorang nak gunakan bahasa sedemikian untuk mengulas isu yang serupa?

Hakikatnya, diorang ni menggunakan bahasa 'Bombastik' sedemikian hanya untuk mengelirukan rakyat berkaitan dengan isu Hukum Hudud ni.

Yang sebenarnya, diorang berpakat untuk mempergunakan Hudud tu sebagai salah satu alat untuk berpolitik demi untuk mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat. Bukannya diorang nak memperjuangkan Islam sangat pun!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. <<mereka adalah golongan yang memperdagangkan agama untuk kepentingan politik sempit. Kemusnahanlah buat mereka.

    BalasPadam
  2. Yakin la dengan segala perintah Allah.

    BalasPadam
  3. Hudud PAS ada dua jiwa,dua hati dan dua rasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping