"Daripada semua pandangan itu, saya terlebih dahulu ingin menjawab komen kawan-kawan, khususnya tentang:
(i) adakah saya orang Datuk Husam Musa?,
(ii) sejauh manakah saya rapat dengan Datuk Husam?, dan
(iii) apa yang saya perolehi dari dari Datuk Husam Musa?"
"Saya mengenali beliau seperti mana saya mengenali pemimpin PAS yang lain. Mengapa baru ditimbulkan soal Datuk Husam? Yang saya timbulkan dalam tulisan saya bukan soal Datuk Husam.
"Yang saya persoalkan dalam tulisan saya ialah pembangunan projek lebuh raya rakyat dan stadium serta bekalan air untuk rakyat.
"Ini kerana berkebetulan pada waktu itu ramai rakyat Kelantan yang pulang berhari raya, maka saya kasihan melihat mereka terpaksa melalui jalan yang sesak dan menghadapi masalah air bersih untuk minum dan mandi," kata Agus.
Baginya, persoalan tentang berapa yang beliau perolehi dari Husam adalah komen yang kurang wajar kerana "adakah serendah itu kita melihat kredibiliti dan integriti saya dan Datuk Husam? "
"Jika pun ada dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan Datuk Husam, saya fikir Islam tidak mengajar kita untuk turun darjat serendah itu.
"Sebab itulah dalam kita melontarkan sesuatu—seperti juga saya, kita mesti selalu waspada dengan kenyataan yang hendak dibuat, apalagi jika kita mendokong prinsip dan tatasusila Islam.
"Kalau kita pendokong Islam, ingatlah juga dosa pahala dalam politik, takut-takut nanti kita terfitnah saudara sendiri," tegas Agus dalam tulisannya.
Menurut Agus, beliau timbulkan pertanyaan ini kerana ia adalah projek kerajaan negeri yang dijanjikan sebelum pilihan raya.
"Saya tidak persoalkan sumber kewangan untuk membina lebuh raya rakyat, pembangunan stadium dan bekalan air kerana semua ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri sendiri sudah melancarkan projek ini dengan siap mengutip dermanya sekali. Tiada kaitan saya dengan Datuk Husam dalam soal ini," katanya.
Prinsipnya, kata Agus, walaupun projek ini dahulunya adalah idea naib presiden PAS itu, tetapi yang turut bersetuju untuk mewar-warkan projek ini adalah kerajaan negeri.
Maka dalam soal ini, prinsip ‘tanggungjawab bersama’ terpakai yang semestinya tanggungjawab ini dipikul oleh kerajaan sekarang selepas Husam tidak lagi berada di dalam kerajaan, tegasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.