Itu persoalan yang hendak diajukan kepada Si Nurul Izzah tu. Sebelum ini, dia kata sistem Pilihan Raya dan Undang - Undang yang berkaitan dengannya sudah lapuk.
Jadi, dia menyeru agar sistem serta undang - undang tersebut diubah. Maka, adakah dia juga akan kata bahawa keputusan mahkamah dibawah ini juga salah?
Semalam, mahkamah telah menetapkan bahawa kerusi Parlimen Batu Pahat kekal milik PKR apabila petisyen yang difailkan oleh Datuk Dr. Fuad Zakarshi ditolak.
SHAH ALAM - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)lepas.Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal oleh peguam yang mewakili pempetisyen, Haliza Abdullah, dan memerintahkan kos RM20,000 dibayar kepada responden.Responden Datuk Mohd Idris Jusi memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,732 undi.Suraya berkata pempetisyen gagal mengemukakan hujah mengenai satu daripada isu dibangkitkan dalam bantahan awal itu bahawa jamuan dianjurkan Mohd Idris sebelum hari pengundian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954.Beliau juga memutuskan pempetisyen gagal mengemukakan hujah mengenai tarikh sebenar pengundian awal yang diadakan pada 30 April, tetapi sekadar menyatakan pada 5 Mei."Tarikh pengundian awal tidak dihujahkan seperti ditetapkan di bawah Peraturan 4(1) dan 4(4) akta itu," kata Suraya sambil menegaskan ia merupakan kesilapan besar oleh pempetisyen.
Jika kita ikut apa yang dikatakan oleh Si Nurul Izzah sebelum ini, keputusan itu adalah tidak sah. Makanya, penyandang kerusi Parlimen tersebut jugak tidak sah.
Hakikatnya, inilah bukti bahawa puak -puak Pakatan Haramjadah ni hanya sekadar Retorik dalam perjuangan mereka. Nak pulak PKR.
Bila kena pada orang lain, diorang diam. Tapi bila kena batang hidung sendiri, diorang meroyan pulak tak tentu arah. Nampak sangat la diorang ni berjuang bukan untuk rakyat. Tapi untuk kepentingan diri sendiri je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.