Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.
Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong.
Ps: Bila sebut bulan September ni, teringat pulak kita kepada Si Ketua Penipu tu ye. Sebab dia la sambutan Hari Malaysia tercemar.
Jadi, kita jangan lupa mengingatkan diri sendiri mengenai tragedi 16 September yang diwar - warkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Sejak dari tarikh itu la dia dikenali sebagai Si Ketua Penipu!!! Habis satu dunia dia kencing kata dia dapat merampas Putrajaya. Penyudahnya, sampai hari ni meroyan je la dia tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.