Khamis, Ogos 15, 2013


Hari tu, diorang tuduh pencerobohan di Lahad Datu sebagai satu sandiwara. Sekarang kadar jenayah di Malaysia pulak.

Nampak sangat la puak - puak Pakatan Haramjadah ni ambik semua benda sebagai satu sandiwara bagi mereka sebab itu yang diorang buat.

Hakikatnya, diornag yang suka bersandiwara dengan rakyat. Macam - macam cerita 'wayang' yang dah mereka hidangkan kepada rakyat Malaysia ni.

Niat mereka supaya rakyat Malaysia ni dapat melupakan kepincangan dan kegagalan yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Selain itu, tujuan diorang hanya untuk memburuk - burukkan imej Kerajaan. Waima nak mengharapkan diorang membantu mencegah jenayah yang berlaku, jangan harap la!!! Kerja diorang ni mengkritik je 24 jam!!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyelar kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mendakwa peningkatan kadar jenayah di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang baharu pencegahan jenayah.

Beliau berkata dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan tidak benar kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, keamanan negara sentiasa diberi perhatian.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami berusaha keras untuk menjamin keamanan dan kestabilan dalam negara.

"Barangkali ini strategi (DAP) untuk mengalih perhatian rakyat daripada krisis politik mereka," katanya.

Nancy berkata seharusnya semua pihak bekerjasama dalam menangani kes-kes jenayah yang berlaku daripada menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Kita harus bekerjasama memantau jenayah serius dan pastikan keadaan bertambah buruk. Biar kita maju untuk membawa kestabilan lebih besar dan tidak membuat kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu," katanya.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kenyataan Chong itu juga seharusnya membuka mata rakyat, untuk melihat bagaimana pembangkang memutar belit fakta mengenai sesuatu isu dan menuding jari menyalahkan kerajaan.

Ditanya tentang tindakan yang perlu diambil terhadap Chong, Nancy berkata beliau perlu meminta maaf kepada kerajaan kerana membuat tuduhan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya harap polis tidak lemah semangat oleh kenyataan kurang bijak Chong itu," katanya.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. yang mengatakan sendiwara tu kerana bukan dia yang menjadi mangsa jenayah tu, kalau dia yang menjadi mangsa tentu bukan sendiwara lagi tentu dah jadi betul-betul bukan cobaan lagi

    BalasPadam
  2. kebanyakkan undang berbentuk pencegahan sudah dimansukhkan.itu okey.namun coba pula kerajaan malaysia bubarkan semua klas makhkamah dimalaysia ini.biarkan kuasa tunggal eskusif yg mentadbir.kita gugurkan legislatif,judiciary.amacam?apa yang saya nampak kini malaysia sedang menuju kearah itu.

    BalasPadam
  3. Dalang lahat datu telah dikenal pasti.tindakan akan diambil..last2 senyap
    Anggota Red Bean Army telah di kenal pasti,tindakan akan diambil..last2 senyap
    Semuanya keluar kenyataan telah dikenal pasti,tindakan akan diambil..last2 senyap
    AKU DAH NAIK MENYAMPAH MENDENGARNYA.(asyik asyik NATO)no action,talk only

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping