Khamis, Ogos 15, 2013


Didalam satu temuramah bersama laman web Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa Najib Razak melalui wakilnya telah menawarkan kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan diantara UMNO dan PKR.

Menariknya, didalam temubual berkenaan juga mendedahkan bahawa wakil kerajaan Najib Razak bagi pertemuan berkenaan adalah Zahid Hamidi, iaitu merupakan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik selepas PRU13 lalu.


Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa beliau telah menolak tawaran dari Najib tersebut memandangkan kerajaan Umno yang disifatkan amat rasis serta mempunyai semangat perkauman yang ekstrem.

Anwar juga menegaskan didalam temubual tersebut bahawa Najib dan kerajaan UMNO/BN harus melakukan perubahan terlebih dahulu didalam parti dan komponen sebelum menawarkan sebarang bentuk kerjasama.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. 

Persoalan yang timbul disini ialah, jika Anwar bersedia untuk menerima tawaran kerjasama dari Najib Razak, bagaimanakah nasib PAS dan DAP yang selama ini jelas mengharapkan Anwar didalam Pakatan Rakyat?

Dan mengapakah Najib Razak tidak mahu menawarkan perpaduan bersama PAS yang merupakan parti melayu kedua terbesar didalam negara tetapi sebaliknya memilih Anwar yang mempunyai reputasi buruk didalam UMNO dan juga dimata umum? ~ MPP News

Ps: Bagi SH, hanya inilah caranya yang mampu dilakukan oleh Pakatan untuk membunuh karier Politik Datuk Seri Zahid Hamidi. 

Diorang jual pulak nama dia untuk merosakkan reputasi dia dalam UMNO. Perkara ni bukannya baru diorang buat.

Dek kerana terasa tindakan tegas yang diambil oleh Datuk Seri Zahid terhadap pembangkang sejak kebelakang ini, maka ianya membuatkan diorang semakin terdesak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kan dah Dasar Ketua Penipu! Mana cakapnya lagi yang betul? Jelas dia tahu dirinya sudah tak laku! Desperado ni mana dia letak maruah dirinya?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping