Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.
“Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?
“Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
“Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri,” katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 266,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.
“Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?
“Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
“Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri,” katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
Biarkan penjenayah bermaharajalela .... tembak sesama sendiri takpe ... memudahkan kerja polis!
BalasPadamKENYATAAN MEDIA
BalasPadam4 Julai 2013
Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.
Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.
Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
Ismail Mina b. Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Zahid Hamidi ni fail math kot. Tak kan lah penjenayah sampai 260k. Ini bermakna lebih ramai dari Polis. Masuk akal ke.
BalasPadamMaknanya setiap 100 orang rakyat Malaysia 1 orang adalah penjenayah. Ini dikira termasuk budak sekolah dan budak yg belum masuk sekolah, juga ibu2, atok2, nenek2, tokwan2. Jika mereka ini tak diambil kira maka angka itu boleh jadi setiap 10 orang 1 adalah penjenayah.
Kalau ya pun nak tunjuk jenayah makin menjadi-jadi janganlah dimanupulasi angka2. Orang tak sekolah bolehlah percaya tapi orang sekarang pandai2 belaka.
Datuk Seri jagalah air muka orang yang melantik kamu jadi menteri. Sudahlah menteri sebelum ni x boleh pakai kamu pun janganlah ikut sama.
Sapa suruh hangpa dengaq cakap pembankang..
BalasPadamPM sendiri yang bodoh..
Budak skolah pun dah ramai masuk 3line la apa la. Tu bkn penjenayah ke? Apa peranan dia utk jayakan amal makruf nahi munkar?gotong royong bersih surau? Bertuah la.
BalasPadam