Ini merupakan bahagian akhir dalam siri pendedahan mengenai isu 'Surat Rasmi' yang dilaporkan oleh blog Pro Pembangkanga sebelum ini.
Apa yang dinyatakan dalam surat terbuka tu wajar diambil perhatian dan dijelaskan oleh orang berkenaan. Jika sebelum ni, nama Nasa Tantawi je yang kena.
Sekarang giliran Menantu dan jugak Si Khalid Gereja tu pulak. Betul ke Si Khalid Gereja tu yang menjadi dalang disebalik 'Pembunuhan Presiden' ni?
Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Menantu Si Hadi Awang tu? Jika tidak benar, maka Si Khalid Gereja tu wajar tampil dan memperjelaskannya kepada rakyat. Bukannya mengarut benda yang bukan - bukan!!!
Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah. Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja.Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.