BEGITULAH reaksi pengarah prolifik, Ahmad Idham berhubung kemelut filem Tanda Putera yang baru menemui penonton di pawagam, kelmarin.
Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan gelaran Shumi itu sekali lagi menjadi topik hangat apabila ia mendapat bantahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kesal dengan apa yang berlaku terhadap rakan seangkatannya, Idham memohon agar karya tempatan tidak terus menjadi mangsa isu politik.
Tegas Idham, tindakan Guan Eng itu bukan sahaja menyekat karya tempatan, tetapi juga tidak menghormati keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang membenarkan filem itu ditayangkan.
"Apa yang saya lihat, karya kita sekarang sering terperangkap dengan agenda politik. Sekiranya ia berterusan ia akan menyekat kebebasan kami untuk berkarya," tegas pengarah Lari dan Gangster Celop ini.
Idham berkata, polemik tersebut turut menyekat hak masyarakat untuk menonton filem hasil garapan anak tempatan sendiri.
"Kenapa nak sekat hak individu? Walaupun berada dalam negeri pemerintahan sesiapa sekalipun, mereka ada hak untuk menonton.
"Sebagai pembikin filem, saya sedar bahawa pandangan masyarakat itu penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan filem itu.
Maka biarlah mereka yang menentukannya," katanya yang turut meluahkan kerisauannya sekiranya karya tempatan terus dicemari campur tangan politik.
Sementara itu, Shumi menerusi sebuah portal berita turut membidas kenyataan Guan Eng yang disifatkan berfikiran sempit serta tidak dapat membezakan politik dan karya seni.
“Jika betul dia (Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.
“Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara,” katanya,
Ps: Dah nama pun ahli Politik. Apa yang dia buat memang hanya akan menjurus kepada kepentingan Politik semata - mata.
Tu pun jika ianya menguntungkan diri dia sendiri. Kalau tidak, jangan harap la dia nak berbunyi!!! Jadi, tak payah la nak pelik sangat dengan Si Guan Eng tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.