Rabu, Ogos 14, 2013


Penyandang kerusi bagi mana-mana jawatan di peringkat kepimpinan Umno perlu lebih bersedia untuk dicabar dengan kaedah pemilihan yang lebih terbuka dan inklusif.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, pemilihan yang diadakan selepas berlangsungnya PRU13 dilihat masa sesuai untuk ahli Umno membuat pilihan berdasarkan penilaian tepat untuk memastikan kesinambungan kepimpinan lebih berkualiti.

Menurutnya, walaupun sesiapa sahaja yang menawarkan menjadi calon, pemilihan kali ini adalah medan untuk memastikan ahli terus menghidupkan tradisi parti dengan memilih pemimpin yang dirasakan lebih baik memimpin parti di pelbagai peringkat.

“Apabila terbuka, kita perlu serahkan sepenuhnya kepada ahli. Walau sesiapapun bertanding, saya rasa ahli Umno bijak memilih yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan untuk membawa hala tuju parti di pelbagai peringkat ke arah lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Jelasnya, bagi pencabar yang berani tampil ke depan, beliau meminta semua pihak memandang perkara itu lebih positif selari dengan kaedah pemilihan baru kali ini.

Beliau menjelaskan, individu yang mahu mencabar penyandang di kerusi tertentu tidak seharusnya dikongkong dan yakin perkara itu mampu memberi imej lebih baik kepada Umno dengan membuktikan parti itu mempunyai ramai pemimpin pelapis dan bersedia berkhidmat untuk parti.

“Kita tidak perlu sekat mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana itulah yang menunjukkan Umno sebenarnya mempunyai ramai ahli yang bersedia menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan parti,” katanya.

Pada masa sama, Nawi yang juga Adun Hulu Besut turut mengharapkan mana-mana calon yang terpilih bijak memainkan isu sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Beliau turut menegaskan pihak yang bertanding juga perlu berkempen secara sihat dengan tidak menyentuh isu peribadi yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.

“Jika boleh elak isu peribadi sepanjang kempen, sebaliknya kempen secara matang kerana yang dipilih kelak bakal menentukan hala tuju kepimpinan Umno di peringkat masing-masing,” katanya.

Ps: Pesan orang tua - tua, 'Kalau takut dilambung ombak, jangan mimpi la nak jadi pemimpin!!!' Nak pulak bagi 'Orang Lama'.

Bagi mana - mana pemimpin yang tak buat kerja tu, sedar - sedar la diri sikit. Jangan rasa selesa sangat duduk atas kerusi diatas tu. Silap langkah, kerusi tu boleh patah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping