Jumaat, Ogos 30, 2013


Memang Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar, begitu terkenal dengan kekurangannya yang tidak memiliki IQ yang tinggi dan suka mempamerkan kedunguannya di media. 

Kita sebenarnya kasihan pada dia dan sebab itulah kita mahu memberitahu tentang sifat bodohnya supaya ianya dapat diubah!

Baru-baru ini dia menggesa Kerajaan BN Negeri Kedah untuk membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) yang dikatakan tertunggak selama 4 bulan.

Katanya, kalau ada penyelewengan di dalam IHSB, dia mahu Kerajaan BN Kedah laporkan saja pada pihak polis. Namun begitu, dia mahu gaji kakitangan IHSB dibayar terlebih dahulu.

Sekali fikir, kononnya dialah “juara” dan “hero” kakitangan IHSB. Cuba fikir sekali lagi, saya yakin kita akan nampak Mahfuz benar-benar bodoh dalam kenyataannya itu.

Baiklah. Sebagaimana maklum, tembelang Kerajaan PAS Kedah pecah di dalam sidang DUN yang baru berakhir baru - baru ini. 

Bekas Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri mengaku isu KUIN dan IHSB itu adalah faktor penyebab kekalahan PAS di negeri itu.

Jadi, sudah tentulah kepincangan berlaku di dalam IPT itu, bukan? Dan hasil siasatan awal Exco Pendidikan yang baru, Datuk Tajul Urus, beliau memberitahu dewan bahawa dipercayai berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu KUIN.

Malah dia mendedahkan tentang gaji salah seorang CEO di dalam IHSB yang mencecah RM35,000 dan membawa masuk anak isterinya yang diberikan gaji yang tidak masuk akal. 

Kini CEO IHSB dah cabut lari, siapa yang nak menggantikan kerugian wang rakyat itu? Takkan Si Mahfuz Bean tu pulak yang nak keluarkan 'duit simpanan' dia sendiri?

Sudah tentu pihak Kerajaan BN Kedah akan menyiasat perkara berkenaan dan sekiranya mendapat bukti yang mencukupi, sudah tentulah kes itu akan dibawa ke mahkamah!

Persoalannya sekarang, tahukah Si Mahfuz Bean tu tentang taraf sebenar IHSB? Apakah KUIN merupakan IPTA atau IPTS? 

Dan mengapakah Kerajaan BN Negeri Kedah enggan membayar gaji kakitangan IHSB sehingga mencecah 4 bulan? Mahfuz fikir Kerajaan BN Kedah “buta perut sepertinya?

Menteri Besar sendiri tampil memberi penjelasan dalam sidang DUN tempohari mengatakan bahawa merujuk pada nasihat dari sudut perundangan, beliau memutuskan untuk tidak membayar gaji kakitangan IHSB itu buat masa sekarang.

Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana taraf IHSB itu merupakan syarikat swasta dan bekas Exco PAS, Amiruddin Hamzah juga mengesahkan KUIN sebagai bertaraf IPTS sebelum ini.

Persoalannya, logik akalkah sebuah kerajaan membayar gaji kakitangan sebuah syarikat swasta yang rugi sepanjang 5 tahun! ISHB pinjam duit KUIN lebih dari RM32 juta pun boleh rugi? Pandai betul PAS pilih CEO IHSB, bukan?

Jadi, sekiranya Kerajaan BN Negeri Kedah membayar gaji kakitangan IHSB sebagaimana yang didesak Mahfuz, maka tindakan tersebut dikhuatiri akan menjadi “precedent” di dalam mahkamah sekiranya kes tersebut di bawa ke pihak pengadilan nanti.

Mahfuz tahu apa itu “precedent”? “Precedent” bukan sejenis “kuih raya” dan bukan juga bermaksud “presiden” seperti yang ada di Amerika! Saya malas untuk menerangkan maksudnya. Takut nanti otak dia 'Benak' untuk faham penjelasannya!!! - MyKMU
Categories: ,

4 ulasan:

  1. dengar cakap org bodoh lama-lama kita pun jadi bodoh

    BalasPadam
  2. hanya orang2 bodoh saja yang pergi dengar ceramahnya.

    BalasPadam
  3. Mak aku pernah pesan satu ketika semasa aku dalam tahun 4 bidang perubatan..masa tu aku berbahaas dengan seorang kawan yang asyik repeat paper...

    Pesanan mak aku adalah.." LEBIH BAIK JANGAN BERDEBAT DENGAN ORANG YANG AKAL PENDEK SEBAB TAKUT KITA PUN JADI TERENCAT AKAL "

    HUHUHU.....Jadi aku dah mula faham maksud mak aku....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping