Rabu, Ogos 14, 2013


Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini dari Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP.

Azizan, 69, tiba di HSB kira-kira 11.15 pagi tadi ditemani saudara mara terdekat.

Seorang daripada anak lelakinya yang enggan dikenali berkata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau itu berada dalam keadaan stabil dan baik ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.

"Kami bertolak dari Pulau Pinang kira-kira pukul 10 pagi. Keadaannya ok sepanjang perjalanan dan kesihatannya semakin baik," katanya ketika ditemui di HSB.

Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata mereka telah dimaklumkan semalam bahawa Azizan akan dipindahkan ke Kedah.

Katanya keadaan kesihatan Azizan semakin baik, dan luka di kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis, beransur sembuh.

Bagaimanapun kata Helmi, doktor tidak membenarkan Azizan menerima terlalu ramai pelawat ketika ini, kerana beliau perlu banyak berehat. 

"Azizan sudah boleh bercakap dan berkomunikasi dengan mereka yang melawatnya. Tetapi beliau masih di bawah pemerhatian rapi doktor," katanya.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan kedua-dua kakinya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre pada 6 Mei sebelum dipindahkan ke HPP sehari selepas itu. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping