13 Ogos 2013, dalam satu artikel di Malaysiakini, sebuah NGO pro pembangkang yang bertopengkan nama hak asasi manusia telah mengecam tindakan Majlis Agama Islam Johor merobohkan surau dan menyifatkan tindakan itu seperti Taliban.
Tulisan dalam Twitter Lawyers For Liberty (LFL) itu telah diberi nafas populariti dalam Malaysiakini. Bermaksud, Malaysiakini sengaja memberi highlight kepada tweet LFL untuk menambahkan lagi tuduhan Taliban LFL kepada Majlis Agama Islam. Tuduhannya LFL hanya mengguna logik akal dan intuisi hak asasi semata mata.
Siapa sebenarnya di belakang LFL ini? Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, LFL dilihat banyak mempromosikan pakatan pembangkang dalam portal, facebook dan twitternya.
Yang tidak fahamnya, LFL tidak mahu menerima hakikat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor itu adalah dalam bidang kuasa tugas dan undang undang agama negeri Johor. Majoriti lawyer dalam LFL mungkin tidak faham undang undang agaknya.
Apa hak LFL untuk campur tangan? Mengapa mahu menjadikan isu di surau itu sebagai isu hak asasi sedangkan ianya jelas sekali adalah isu yang berkaitan dengan agama.
Di bawah ini adalah tulisan N. Surendran (Naib Presiden PKR) untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam portal LFL. Apakah N. Surendran, yang juga merupakan seorang lawyers adalah penggerak di belakang LFL?
Kalau di SUARAM, penggeraknya adalah Sivarasa Rasiah, juga pernah menjawat jawatan Naib Presiden. Apakah SUARAM dan LFL ini adalah bidang tugas Naib Presiden PKR?
Ps: Tak heran kalau Si Surendran tu menjadi penyokong kepada golongan LFL ni. Tambahan pulak PKR memang menyokong 'Pluralisme' dalam agama. Jadi tak mustahil kalau Si Tipah Koyak tu pun terlibat jugak!!!
ada aku pedulikan apa yang LFL fikirkan? Islam lebih penting dari hujah loyar buruk yang utamakan hak asasi manusia sebagai prinsip "Way of Life" mereka... sekurang2 nya orang Islam sekarang semakin celik agama ... tahniah orang Johor...
BalasPadam