Sabtu, Ogos 17, 2013


Nampak gayanya, usaha Si Ketua Penipu tu nak tabur fitnah terhadap Datuk Seri Najib menemui jalan buntu ekoran pendedahan dibawah.

Apa yang pasti, kini kita boleh menyaksikan betapa terdesaknya Si Ketua Penipu tu nak berkuasa sampai sanggup mereka - reka cerita yang bukan - bukan.

Tinggal lagi, kita sebagai rakyat Malaysia ni dah tau cara 'permainan kotor' Si Ketua Penipu ni. Jadi, kita tak heran sangat la dengan apa yang dia buat.

Al - maklum la. Orang dah kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri. Itu pasal la dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan sokongan. Waima kalau dia terpaksa menipu sekali pun. Tu sebab la orang panggil dia Ketua Penipu!!!
* KEBELAKANGAN ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

* Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Datuk Seri Mohd. Najib adalah merupakan “daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

* Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepemimpinan pakatan pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

* Laporan yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd. Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal".

Blog dedah Anwar sebenarnya buat tawaran - Muka 6

* Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Datuk Seri Mohd. Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

* Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Datuk Seri Mohd. Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13.

* Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping