Memang sah mamat ni guna balik pendekatan yang dinyatakan oleh Presiden PAS sebelum ini. Itu pasal la dia tak nak mengaku kata dia bersalah.
Walaupun dalam video tu memang jelas dia pukul isteri dia 'Kaw-Kaw', tapi dia tetap jugak berkeras dan tak nak mengaku bersalah bila didakwa.
Maklum la. Bukti yang ada pun sekadar video CCTV je. Tu pun tak boleh jadi bukti sebab ianya besi. Sama jugak la dengan video Si Ketua Penipu tu dengan Chinadoll sebelum ini. Pun tak boleh jadi bukti jugak!!!
Seorang penjawat awam yang diburu setelah membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki berusia 36 tahun itu datang sendiri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang ini."Dia kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan diserahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Jasmani berkata, polis Kontinjen Pulau Pinang telah dimaklumkan berhubung penahanan itu dan lelaki terbabit akan diambil oleh anggota polis dari negeri tersebut malam ini untuk siasatan lanjut.Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.Kelmarin, satu rakaman video yang memaparkan seorang isteri dibelasah suaminya di hadapan dua anak mereka berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun laman sosial Facebook.Video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak menunjukkan aksi lelaki berkenaan menampar dan menendang isterinya, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun sehingga tersungkur.
inilah akibat berkata sembrono tanpa kaji kesannye semua orang akan mengaku tidak bersalah bila dituduh walaupun betul bersalah
BalasPadam