Kantoi!!! Sekarang kita tau kenapa Si Guan Eng tu tak nak buat laporan Polis biar pun dia dapat ugutan bunuh didalam laman twitter sebelum ini.
Salah satu sebabnya ialah kerana Si Guan Eng tu nak gunakan alasan tersebut bagi memburuk - burukkan penguatkuasaan yang sedia ada di Malaysia.
Dengan adanya isu tersebut maka mudah la untuk dia merosakkan reputasi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dimata rakyat dengan mendakwa kononnya Polis tak buat kerja.
Itu satu sebab kenapa dia tak buat laporan Polis. Satu lagi sebab ialah kerana dia sendiri kenal dengan orang yang buat ugutan tersebut seperti mana yang didedahkan dibawah:
Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming mendakwa ugutan bunuh terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng semalam didalangi oleh “orang dalam” parti itu yang dipercayai mempunyai motif dendam dan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara sejak PRU13.Enggan menamakan pihak terbabit, Kian Ming mendakwa terdapat segelintir “orang kecewa” dalam parti yang tidak dicalonkan pada PRU13 lalu dan tidak diberikan jawatan dalam parti, dipercayai terbabit mendalangi pelbagai usaha mensabotaj parti dan pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini.
Nah!!! Bukan orang luar dari parti DAPigs sahaja yang menyampah dengan Si Guan Eng ni sebenarnya. Tapi dikalangan ahli parti tu pun ada yang muak dengan dia.
Mungkin disebabkan itulah Si Guan Eng ni mula rasa tak senang duduk. Malah, keputusan untuk buat pemilihan semula terpaksa difikirkan semula.
Khabar terkini, Si Guan Eng tu katanya nak bawak isu pemilihan CEC tu ke mahkamah. Maknanya, tak jadi la DAPigs nak buat pemilihan semula seperti yang dirancangkan.
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membawa kemelut pemilihan semula pimpinannya ke mahkamah selain menyelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai “dangkal” kerana mengarahkan pemilihan semula itu.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menfailkan afadivit untuk membatalkan permohonan injuksi untuk menghalang pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.
Sekarang kita dapat lihat bagaimana kejinya permainan Si Biawak Guan Eng tu. Takut kedudukan dia tergugat, mula la dia cari alasan lain untuk melarikan diri.
Bagaimana mungkin orang macam dia ni boleh diangkat menjadi seorang pemimpin? Malah ada jugak yang mengiktiraf dia sebagai seorang khalifah. Mungkin orang tu buta kot. Tu pasal la diorang sanggup bermati - matian mempertahankan Si Biawak Hidup ni!!!
Layak sangat la dpt msj ugutan tu
BalasPadam