Jumaat, September 13, 2013


Itu persoalan yang perlu kita soal kepada Si Ketua Penipu dan konco - konco dia tu. Ke mana mereka menghilang tatkala pendemo Bersih ni dikenakan tindakan?

Adakah mereka akan tampil dan memberikan bantuan kepada Penoreh Getah tu? Atau adakah mereka akan terus berdiam diri dan membiarkan dia meringkuk dalam penjara?

Yang paling kita sedih sekali, Penoreh Getah ni merupakan salah seorang mangsa penipuan puak - puak Bersih yang kononnya menuntut Keadilan.

Sebab apa? Sebab masa Pilihan Raya Umum yang lalu, puak - puak Bersih ni la yang GAGAL memastikan ianya berjalan dengan lancar.

Diorang yang buat tuntutan dan mendesak SPR untuk menggunakan dakwat Kekal sedangkan perkara itu dah dijelaskan tidak relevan dalam keadaan semasa.

Tapi, puak - puak Bersih tu tetap berdegil. Diorang nak jugak guna dakwat kekal tu. Bila dakwat kekal tu timbul masalah, diorang jugak yang bising.

Hakikatnya, inilah akibat kerana terlalu taksub dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Apa yang disuruh buat, diorang buat je tanpa memikirkan kesannya ke atas diri mereka sendiri. Ikut sangat cakap Penipu Rakyat tu, akhirnya diri sendiri merana!!!
KUALA LUMPUR: Seorang penoreh getah berumur 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merosakkan sebuah kereta polis serta mencederakan seorang anggota polis dan seorang jurukamera televisyen sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memberitahu mahkamah pihak pendakwa berjaya membuktikan kesnya manakala pembela gagal mewujudkan sebarang keraguan.

Beliau menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM3,000 ke atas Mohd Safuan @ Nordin kerana merosakkan sebuah kereta peronda polis dengan menggunakan kon trafik.

Safuan juga dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 kerana menyebabkan kecederaan ke atas Konstabel Mohamad Kamil Paiman dan sebulan penjara lagi serta denda RM500 kerana mencederakan jurukamera televisyen Mohd Azri Mohd Salleh, 29.

Kejadian itu berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kira-kira pukul 3.50 petang pada 28 April tahun lalu. Hakim Mahmud bagaimanapun memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Categories:

1 ulasan:

  1. Rakyat diseru supaya menuntut keadilan. Mahkamah telah meaksanakan amanah ini dengan menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Ini keadilan bukan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping