Isnin, September 23, 2013


Apa punya pusing la Parti Angguk Saja ni ek. Bila orang tuduh kata diorang ni kuat menipu diorang marah. Tapi memang itu la hakikatnya.

Tak puas hati gamaknya kalau dalam sehari tu tak menipu. Mesti nak jugak menipu. Tapi penyudahnya, nak pulak diorang mengaku. 

Dulu beria - ia diorang menafikan bahawa dalam PAS tu wujud dua kumpulan yang berbeza. Satu kumpulan Pro Ulama dan satu lagi dari kalangan Profesional.

Mereka yang Pro Ulama ni berjuang nak menegakkan Islam. Diorang ni yang nak menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud.

Yang Profesional ni pulak nak tunjuk pandai. Diorang ni yang bawak banyak fahaman luar masuk dalam PAS. Diorang jugak la yang merosakkan PAS ni.

Kebanyakkan mereka dalam kelompok Profesional ni hanya semata - mata nak mencari nama disamping memperjuangkan diri sendiri. 

Nak duduk dalam UMNO, diorang tak mampu. Diorang tau yang diorang tak boleh pergi jauh. Kalau dalam PAS, boleh jugak dia memperbodohkan orang lain.

Bila keadaan tu dijelaskan kepada rakyat, puak - puak Parti Angguk Saja nitak mengaku kata parti tu terbahagi kepada dua. Tapi hari ni, lain pulak ceritanya.

Si Hadi Awang tu sendiri tampil dan buat pengakuan bahawa dalam PAS tu memang ada kumpulan - kumpulan yang dimaksudkan oleh orang luar.

Kata dia, golongan Profesional ni ada peranan dia sendiri dalam parti. Begitu jugak dengan puak - puak Ulama. Masing - masing ada tugas tersendiri.
Mengulas lanjut, Ustaz Hadi menjelaskan, golongan profesional sangat diperlukan dengan bekerjasama bersama ulama untuk mentadbir negeri mahupun negara.

Katanya, jika ingin menjadi kerajaan mestilah mempunyai kemahiran hukum-hakam Islam dan kepakaran pelbagai bidang yang dikuasai oleh profesional.
Pulak dah! Dah tak pasal - pasal je dia menentang arus pulak. Hari tu, Nik Aziz jugak kata dalam PAS semuanya Ulama. Sekarang ada pulak yang Profesional ye. 

Inilah yang orang kata matlamat menghalalkan cara. Dulu kata tak de, sekarang ada pulak. Nampak sangat la Hadi Awang ni memang nak Nik Aziz koyak tiket ke Sorga dia. Mana tidaknya. Berani dia lawan cakap Nik Aziz. Memang saja tempah maut la weh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping