Hahaha!!! Jerat makan diri. Ini yang orang kata bercakap guna Kepala Lutut ni. Nak bercakap tak pikir dengan Kepala Otak. Main cakap ikut sedap dia je.
Dah la bukak mulut je bau longkang. Sekarang kenyataan dia sendiri dah makan tuan. Macam mana dia boleh jadi wakil rakyat pun tak tau la.
Banyak bagi 'makan suap' kot. Tu pasal la dia boleh jadi ADUN. Siapa tau ye tak. Kalau nak bersandarkan kepada kredibiliti, memang 'out' la. Tengok 'statemen' pun kita tau.
Itu yang berlaku pada Exco Selangor ni. Boleh pulak dia bagi alasan kononnya Rejim Pakatan Selangor buat mesyuarat di Bangkok untuk mengelakkan ada Exco ponteng.
SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Selangor mengadakan permukiman Exco di Bangkok, Thailand adalah untuk mengelakkan ketidakhadiran di kalangan anggotanya, kata Dr Daroyah Alwi.Malah Exco Pembangunan Usahawan, Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, tindakan mengadakan permukiman di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dibuat setiap tahun."Sebelum saya masuk (jadi Exco) mereka sudah pernah buat seperti ini. Untuk 'retreat' (permukiman) memang semua Exco akan pergi. Sebab apa 'retreat' pergi ke tempat lain.. untuk kita tumpukan apa yang kita bincang."Kalau duduk di sini juga akan ada banyak gangguan.. ada yang tidak hadir," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Jika kita baca dari satu sudut, seolah - olah Exco Selangor ni mengakui bahawa ada dikalangan Exco - Exco Selangor tu yang kuat ponteng. Nampak sangat tak amanahnya.
Bagaimana mungkin orang macam tu masih lagi boleh kekal dalam barisan kepimpinan Negeri sedangkan amanah yang diberikan pun dia boleh abaikan begitu sahaja?
Suka - suka hati je nak memonteng datang mesyuarat, pemimpin apa kejadahnya kalau macam tu. Patut orang macam tu buang je terus!!! Baru dia sedar diri.
Bila Exco tu kata, kat Selangor ada banyak gangguan sehingga menyebabkan ada Exco yang suka ponteng tak tentu pasal. Kot di Bangkok tu pun apa bezanya.
Rasanya lagi la banyak gangguan. Nak pulak dikalangan Exco lelaki. Kalau Exo pompuan, diorang sibuk la nak pegi shopping itu ini. Dah memang itu lumrahnya beb.
Tu belum cerita pasal nak pegi Spa dan urut badan. Pun bersepah jugak kat Bangkok tu. Jadi, alasan yang dia bagi ni sebenarnya memang tak masuk akal lansung sebab dia bercakap guna Kepala Lutut!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.